HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) mengemas kini skuter Ego Solariz (2020) dengan empat pilihan skema warna dan grafik baharu iaitu merah, emas, biru dan cyan.
Ego Solariz ialah model paling kecil dalam segmen skuter HLYM yang sebelum ini ditawarkan dalam warna biru, merah, ungu dan magenta. Menariknya harga runcit edisi 2020 ini lebih murah, iaitu cuma RM5,234 (tanpa cukai jalan, nombor plat dan insurans) berbanding model sebelum ini RM5,548.
Tetapi ingat, itu cuma harga atas kertas. Harga kedai mungkin berbeza.
BACA >>> Yamaha Ego Solariz 2018 Terima 4 Warna Baharu - Harga RM5,548 Seunit!
Ego Solariz dipacu enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc SOHC 125cc dengan teknologi suntikan bahan api, manakala transmisi jenis CVT. Skuter ini boleh dihidupkan menggunakan punat penghidup atau penendang kaki. Output dihasilkan 9.4hp @ 8,000rpm dan tork 9.6Nm @ 5,500rpm dengan kapasiti tangki 4.2 liter.
Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik pada roda hadapan dan absorber tunggal di belakang. Frem skuter daripada material keluli dengan berat basah jentera 94kg. Sistem brek dipasangkan cakera tunggal di depan dan dram di belakang. Saiz tayar depan 70/90, manakala belakang 80/90 di belakang yang membalut diameter rim 14 inci.
Ego Solariz berbaju baharu ini dikatakan mula dijual Isnin ini.
BACA >>> Yamaha Lagenda 115Z GP Pilih Seragam Petronas SRT, RM5.5k Sahaja (Kedai Harga Lain)
GALERI
Aniza Wahab says
Harga rm5,234.00 tidak termasuk cukai jalan. Kalau nak tambah insuran,cukai jalan dan nombor plat berape harga?
SHAHZA AINA BINTI SAIDIN says
Selamat sejahtera...saya minat motor skuter Yamaha Ego solariz...harga pasaran berapa...boleh bayar ansuran bulanan...
Yanz says
Saya berminat nak membeli skuter ego Solaris tapi nak buat ansuran berapa ya ☺️
AO says
Rujuk kedai motor berdekatan.