• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Muzium Juara Dunia 15 Kali Giacomo Agostini Dibuka di Itali

Muzium Juara Dunia 15 Kali Giacomo Agostini Dibuka di Itali

December 13, 2019 By admin.pandulaju Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA legenda hidup, Giacomo Agostini mengakhiri karier profesional dengan 15 kali merangkul Kejuaraan Dunia, 123 kali podium Grand Prix, 18 kali Kejuaraan Itali, dan 10 kali Tourist Trophies, juga dipanggil Isle on Man TT dengan keseluruhan kejuaraan sebanyak 311 kali!

Rekod perlumbaan Agostini cukup mengagumkan, berlanjutan daripada awal 1960-an hingga lewat 1970-an yang sebahagian besar dicapai ketika menunggang dengan jentera MV Agusta.

Kini, segala pencapaian pelumba itu disimpan dan dikongsikan buat peminat MV Agusta dan peminat motosikal serata dunia di muzium khas di Bergamo, yang juga kampung halaman Agostini,  terletak antara dataran Po dan Alps, beberapa batu dari Milan.

BACA >>> AGV X3000 Super AGV Sempena Helmet Legenda GP Dunia, Giacomo Agostini

agostini-bike-2
agostini-bike

Muzium itu dibina seperti bilik trofi persendirian, hasil rekaan arkitek Michele Giavarini untuk Agostini supaya beliau dapat menyimpan lebih 350 trofi kejuaraan dan juga dibuka kepada orang awam. Muzium itu turut menyimpan beberapa  motosikal ikonik yang pernah digunakan Agostini, termasuk helmet, sut lumba, dan beberapa barangan peribadi yang dipamerkan mengikut kronologi.

BACA >>> MV Agusta Kembali Semula ke Kejuaraan Grand Prix Musim 2019!

Atas lantai tertera nombor 1 gergasi kuning-hitam yang sinonim sebagai nombor jentera lumba Agostini, dan juga perkataan 'Ago' merah cerah yang menjadi nama julukan beliau, sekali gus mengingatkan semua orang tentang rekod pencapaian pelumba Itali itu yang  masih belum dapat ditandingi!

Sejarah hidup saya semua ada dalam bilik ini, dan meluangkan masa sendirian di sini, berfikir dan mengenangkan semula memori luar biasa dulu, ia buat saya gembira."

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MV Agusta, Timur Sardarov berkata, perkongsian MV Agusta dan Agostini adalah sebahagian sejarah gemilang pengeluar itu.

"Kami gembira seorang tokoh yang menyumbang begitu banyak kepada MV Agusta kini diraikan dengan muzium ini," katanya.

Muzium ini adalah persendirian dan boleh dikunjungi secara berkumpulan (minimum 8 orang) dengan membuat tempahan menerusi  Villa Vittoria Charme and Relax, siap dengan bilik tidur mewah dan sarapan. Resort ini diuruskan anak perempuan Agostini, Vittoria dengan menawarkan pakej lengkap, terdiri daripada penginapan satu malam, lawatan ke muzium dan makan malam dengan sang juara, Agostini!

Sila hubungi +39.035.239209 atau e-mel [email protected]

BACA >>> MV Agusta Berminat Masuk Pasaran Asean dengan Motor Sesaran Kecil

SUMBER: Motorcycle.com

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Giacomo Agostini, Grand Prix, muzium, Muzium Giacomo Agostini, MV Agusta, Timur Sardarov

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev