BOS Yamaha MotoGP, Lin Jarvis mengakui akan lebih gembira jika pelumbanya Maverick Vinales memilih untuk kekal berlumba bersama Yamaha untuk musim 2021 dan seterusnya.
Vinales meraih enam kemenangan dalam kelas premier sejak 2017 bersama Yamaha dan musim ini menamatkan saingan sebagai pelumba yang mendapat kedudukan terbaik buat pasukan pengilang itu.
Namun, kontrak Vinales bakal berakhir hujung musim dan timbul spekulasi yang pelumba Yamaha itu mahu mengundur diri gara-gara tiada ruang buat dirinya berikutan kehadiran pelumba veteran, juga rakan sepasukan, Valentino Rossi dan rookie pasukan satelit, Fabio Quartararo.
BACA >>> Ketua Krew: Ikut Cara Honda Layan Marquez Kalau Nak Vinales Juara Dunia
SEMAKIN BAIK SELEPAS BERSATU DENGAN ESTEBAN GARCIA
Bagaimanapun, selepas Vinales disatukan dengan ketua krew baharu, Esteban Garcia dan penganalisi prestasi, Julian Simon, pencapaian beliau semakin baik musim ini, terutama separuh pusingan terakhir.
Jarvis berpendapat memang tiada alasan untuk Yamaha berpisah dengan pelumba tersebut. Menurutnya;
Permulaan Maverick tahun ini tidak bagus. Dia bergelut selepas lima atau enam pusingan, ketika itu Rossi lebih menyerlah.
"Rossi tamatkan perlumbaan tempat kedua ketika itu, dan hampir menang di Austin, manakala Vinales masih terkapai-kapai dan seakan hilang punca.
Larvis berkata lagi, Yamaha kemudian melihat impak perubahan ke atas Vinales apabila pelumba Sepanyol itu mula serasi dengan pasukan baharunya. Selepas itu, keputusan mula semakin baik dan meningkat. Malah, Vinales mula berani buat keputusan sendiri ketika membuat tetapan jentera.
Aku fikir ia sangat menggalakkan apabila nampak dia memperbaiki persembahan sepanjang tahun. Aku sangat syukur, permulaan Vinales bertambah baik kerana situasi tipikal kita dapat lihat adalah dia akan berada pada posisi baik pada grid mula, tetapi di belakang apabila perlumbaan sebenar bermula.
"Kami membuat beberapa perubahan teknikal dan dia memperbaiki permulaan dan titik kelemahannya.
BACA >>> Ujian Pramusim MotoGP 2019: Hari 2 - Vinales Tunjuk Taring, KTM Masih Bergelut
VINALES DIINTAI DUCATI?
Hasilnya, Vinales mula menunjukkan potensi, dan menjadi satu-satunya pelumba Yamaha yang menang dua perlumbaan tahun ini. Inilah sebab utama kenapa Larvis mengakui akan gembira jika pelumba muda itu kekal bersama Yamaha untuk musim 2021 dan seterusnya.
Spekulasi lain, Ketua Teknikal Ducati, Gigi Dall'Igna membayangkan Vinales berada dalam senarai pasukan berkenaan berdasarkan potensi dimiliki pelumba Yamaha itu. Bagaimanapun, baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ducati, Stefano Domenicali berkata, ada beberapa pelumba sudah menutup tawaran kontrak MotoGP akan datang.
"Semua orang bercakap dan ada yang maju ke depan.
"Ada banyak perkara untuk dipertimbangkan, tetapi aku tidak fikir ini masa untuk bercakap tentang nama-nama yang spesifik," katanya.
BACA >>> Abraham Pula Bersara MotoGP, Ducati untuk Zarco?
BACA>>>Vinales Tamatkan Kemarau Kemenangan Yamaha di GP Australia, Hafizh Tersungkur
SUMBER: AutoSport
Leave a Reply