• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kia Buka Kilang di India, Seltos Jadi Model Buatan Tempatan Pertama

Kia Buka Kilang di India, Seltos Jadi Model Buatan Tempatan Pertama

December 10, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INDIA mempunyai potensi perniagaan yang besar dengan jumlah penduduk lebih 1.3 bilion. Negara Asia Selatan itu juga adalajh pasaran automotif kelima terbesar dunia. Namun, dalam industri automotif masa kini, jika ada negara yang tidak dapat dikuasai Volkswagen Group dan Toyota, tempat itu adalah di India.

Maruti Suzuki adalah jenama paling laris di India. Melihat potensi yang ada, Kia Motors Corporation memutuskan melabur AS$1.1 bilion (RM4.58 bilion), dan antara hasil pelaburan itu ialah kilang pengeluaran baharu di Anantapur, Andhra Pradesh.

kia-seltos-1
kia-seltos-14

Kilang Kia Motors India (KMI) itu dilancarkan secara rasmi selepas selesai pembinaan yang hanya memakan masa dua tahun, bermula suku keempat 2017.

Kilang KMI sudahpun mengeluarkan produk pertama buatan India, iaitu model kenderaan utiliti sukan (SUV), Seltos dan bakal disusuli model lain. Kilang baharu itu juga akan menjadi hab eksport untuk Seltos ke luar negaa dan bakal menjadi rangkaian pengeluaran global.

Seltos, yang juga produk pengeluaran pertama KMI, dilancarkan di India pada Ogos lalu dan menerima sambutan menggalakkan. Jualan setakat November 2019 sudahpun mencecah 40,649 unit.

Kia mempunyai perancangan besar di India melalui strategi jualan digital, rangkaian pusat servis di 160 bandar, 265 pusat hubungan dan mahu menambah 50 premis lagi menjelang Mac 2020. Kia turut melabur sejumlah AS$60 juta (RM250 juta) dalam penyedia perkhidmatab e-panggil, Ola.

Bagi perancangan produk, Kia bakal memulakan pengeluaran model kenderaan pelbagai guna (MPV) premium di kilang KMI pada awal 2020, termasuk merancang memperkenalkan SUV kecil di fasiliti sama.

Dari segi kemudahan, kilang KMI mampu mengeluarkan 300,000 unit kenderaan setahun yang dibantu lebih 450 robot, dan dibina di kawasan seluas 536 ekar.

Kehadiran Kia di Anantapur juga membantu mewujudkan 12,000 pekerjaan yang ada kaitan langsung dan tidak langsung di rantau itu.

BACA >>> Kia Seltos - SUV Segmen-B untuk Peminat Gaya Boxy

Kia Motors India.01
Kia Motors India.02
Kia Motors India.03
Kia Motors India.04
Kia Motors India.05
kia-seltos-15
kia-seltos-21
Kia Seltos.01
Kia Seltos.03
kia-seltos-2020-3

Related

168
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kia, Kia Motors Corporation, Kia Motors India (KMI), Kia Seltos, KMI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev