• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Triumph Tiger 900 (2020) Serba Baharu Akan Muncul dalam Filem Baharu James Bond

Triumph Tiger 900 (2020) Serba Baharu Akan Muncul dalam Filem Baharu James Bond

December 5, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TRIUMPH bakal mendedahkan dua model baharu dalam filem aksi Hollywood, James Bond: No Time to Die, iaitu Scrambler 1200 (ditunggang Bond), termasuk Triumph Tiger 900 serba baharu.

Dua model itu disediakan khas Triumph dan pasukan lagak ngeri untuk kegunaan lasak dalam filem berkenaan. Koordinator Lagak Ngeri James Bond, Lee Morrison berkata, model prototaip Tiger 900 dibikin khas supaya pihak produksi dapat melakukan penggambaran di tiga lokasi utama sebelum pelancaran rasmi model tersebut.

BACA >>> Triumph Scrambler 1200 XC dan XE Kini di Malaysia, Harga Bermula RM80k

"Jentera ini melalui bermacam-macam permukaan batu besar tajam, lumpur dalam, kelajuan tinggi, lompatan jauh, daki dan turun bukit.

"Tiger benar-benar mampu melakukan tugas berkenaan tanpa sebarang isu mekanikal dan jelas membuktikan kelayakannya," katanya.

Kerjasama tersebut diumumkan di kilang Triumph Hinckley yang merakamkan babak Tiger melompat tinggi melintasi atas Land Rover Defender baharu. Filem tersebut dijadualkan ditayangkan April 2020.

BACA >>> Triumph Dedah Warna Baharu 2019 untuk Bonneville, Tiger, Speed Triple dan Street Triple

GALERI

SUMBER: MCN

Related

54
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: James Bond, James Bond: No Time to Die, Lee Morrison, roda2, Triumph, Triumph Scrambler 1200, Triumph Tiger 900 (2020)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my