DISEMBER 2019 baru saja bermula. Di Malaysia, apakah yang sinonim dengan bulan akhir ini selain musim hujan ialah cuti sekolah, dan beli-belah hujung tahun? Tapi apa pula kena mengena dengan Proton?
Jawapannya, Proton ada aplikasi mobil - MyProton - yang dapat memudahkan anda menghantar servis ke mana-mana pusat servis terdekat. Aplikasi mobil ini boleh dimuat turun menerusi Google Play Store (Android) dan App Store (Apple) terus ke telefon pintar anda.
Hal aplikasi mobil ini kami pernah kongsikan dulu, tapi kami akan ceritakan lagi sekali. Manalah tahu kalau ada pemilik kereta Proton yang berhajat hendak servis kereta sebelum bawa anak-anak berjalan-jalan. Ataupun mungkin nak cuci mata beli kereta Proton baharu? Amacam? 🤨
BACA >>> Inilah 8 Kemudahan yang Anda Boleh Dapat dengan Aplikasi MyProton
Apa yang baharu pasal aplikasi mobil MyProton?
- Maklumat Jualan dan Promosi Terkini.
- Talian bantuan kecemasan - Cuma buat tiga langkah mudah: telefon, kenal pasti isu, bantuan dihantar.
- Kemudahan servis - Jadual tukar minyak hitam, pusat servis pilihan dengan sistem tempahan atas talian, anggaran kos servis.
- Lokasi Terdekat - Mudahkan pemilik cari pusat jualan, pusat servis dan pusat baik pulih dan semburan cat (body & paint) berdekatan.
- Info Kereta - Maklumat tentang model terkini dengan butiran ciri-ciri, harga dan lain-lain.
- Kalkulator - Anggaran pinjaman bulanan mengikut model dan kadar faedah
- Platform Kongsi Maklum Balas - Berikan maklum balas anda secara terus, dan pautan terus ke laman sosial Proton.
- Maklumat Kereta yang Berdaftar - Semak sejarah servis dan kos dikenakan, serta jadual servis akan datang.
- Butik Proton (akan datang) - Menjual barangan cenderamata dan aksesori Proton.
MyProton mula diperkenalkan pada 2016 dan Proton adalah antara pengeluar terawal menyediakan kemudahan atas talian ini kepada pelanggan. Semuanya semudah di hujung hari.
Lebih spesial, pemilik yang sedang menunggu kereta sampai pun boleh tengok status lokasi tempahan kereta. Tapi belum ada lagi la, Proton cakap akan datang. So, apa tunggu lagi?! Muat turun sekarang!
BACA >>> #PanduUji: Proton Persona (2019) Standard Manual yang Riang Dipandu
Muhammad imran says
Knape sye servis 1k km pertma kne lebih yee drpd app model saga 2020 proton chan so lin