• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan MT25 atau MT-155, Tapi HLYM Akan Lancar Model GP Edition 8 Disember Ini!

Bukan MT25 atau MT-155, Tapi HLYM Akan Lancar Model GP Edition 8 Disember Ini!

December 3, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Mei lalu, Yamaha Indonesia melancarkan lima model Monster Energy MotoGP Edition untuk model seperti:

  • YZF-R15
  • MX King (Malaysia: Y15ZR)
  • Vixion
  • Aerox 155 (Malaysia: NVX 155)
  • YZF-R25

Terbaharu, berdasarkan sumber kami terima, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bakal melancarkan versi GP Edition untuk pasaran Malaysia. Mungkinkah berita terbaharu akan menambahkan lagi kemarahan HLYM, sama seperti kes gambar intip R15 dan isu harga NVX yang pernah kami dedahkan?

BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar Serentak 5 Model Monster Energy MotoGP Edition

yamaha-mx-king-150-monster-energy-motogp-indo
yamaha-r15-monster-energy-motogp-indo
yamaha-r25-monster-energy-motogp-indo
yamaha-aerox-155-monster-energy-motogp-indo
yamaha-vixion-monster-energy-motogp-indo

Edisi Monster Energy MotoGP Edition menampilkan rekaan grafik pasukan MotoGP Yamaha, Monster Energy Yamaha. Di Indonesia versi GP Edition dipadankan lencana Yamaha berwarna emas, logo ikonik Monster Energy berupa cakaran raksasa, dan warna badan Biru Yamaha dengan kombinasi warna hitam.

Kelima-lima produk itu menggunakan latar badan hitam dan dipadankan beberapa perincian biru di kiri dan kanan. Kehadiran produk tersebut semestinya mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan pengguna tempatan, terutama peminat siri perlumbaan Kejuaraan MotoGP.

Bak kata kekanda Valentino Rossi kita, "Semakin di depayynnnn..." Sudah namanya Yamaha, apa saja harga diletakkan, pasti laku keras.

BACA >>> Yamaha Dedah YZF-R125 Monster Energy Yamaha MotoGP Edition

yamaha nvx 155 Edisi GP (2018)3
Yamaha_Y15ZR_Edisi_GP_(2018)4

Kali terakhir HLYM memperkenalkan GP Edition adalah untuk NVX dan Y15ZR (foto atas), kira-kira setahun lalu. Adakah HLYM akan memperkenalkan lima model serentak seperti mana negara jiran?

Apapun, sama-samalah kita nantikan berita hujung minggu ini daripada rakan media lain kerana kami pun sudah lama tidak dapat jemputan pelancaran daripada HLYM gara-gara kena ban!

Satu lagi berita, kepada peminat Yamaha yang menantikan kehadiran adik MT, harap bersabar. Model berkenaan dijangka tiba tahun depan, cuma belum ada kepastian sama ada itu ialah MT-15 atau MT-25.

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM), Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Replika Monster Energy Yamaha MotoGP Edition, roda2, Yamaha, Yamaha NVX GP Edition, Yamaha Y15ZR GP Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan
    MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev