• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Didi Resources Ambil Alih Operasi Vespa di Malaysia

Didi Resources Ambil Alih Operasi Vespa di Malaysia

November 29, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

238
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PIAGGIO Group melantik Didi Resources Sdn Bhd sebagai pengedar rasmi jenama Piaggio dan Vespa di Malaysia.

Pengerusi dan Ketua Pengarah Piaggio Vietnam, Gianluca Fiume berkata, pelantikan Didi Resources adalah sebahagian strategi syarikat untuk menghimpunkan jenama Piaggio, Vespa, Aprilia dan Moto Guzzi di bawah satu entiti, termasuk memaksimumkan kecekapan keseluruhan aspek perniagaan dan mengukuhkan komitmen pelanggan di Malaysia.

Menurut Fiume, yang juga Timbalan Presiden Eksekutif Asia Pacific 2-Wheeler, Piaggio Group kini membangunkan Motoplex, iaitu bilik pameran konsep yang menghimpunkan barisan produk jenama itu, termasuk Vespa di bawah satu bumbung untuk ditawarkan kepada pelanggan berpotensi.

BACA >>> Naza Group Tamat Operasi Vespa di Malaysia 1 Januari 2020

Pengerusi Didi Resouces Sdn Bhd, Rewi Hamid Bugo berkata, pihaknya komited mahu mengukuhkan kedudukan Piaggio Group dengan menggiatkan usaha pemasaran dan komunikasi menerusi perkhidmatan sokongan selepas jualan. Ini termasuk memastikan penglibatan jenama yang berterusan dalam suasana persekitaran motosikal yang kompetitif di Malaysia.

Selain menghimpunkan jenama produk Piaggio Group, bilik pameran Motoplex turut menawarkan servis, aksesori, barang dagangan dan hiburan. Dilancarkan pada 2015, Piaggio Group memiliki 500 Motoplex di Eropah, Amerika, Asia, Oseania dan India.

Related

238
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Didi Resources Sdn Bhd, Piaggio, Piaggio Group, Rewi Hamid Bugo, roda2, Vespa

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my