• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 5 Sebab Kenapa Anda Perlu ke Negeri Sembilan International Auto Salon

5 Sebab Kenapa Anda Perlu ke Negeri Sembilan International Auto Salon

May 12, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

574
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Negeri Sembilan International Auto Salon

KURANG 10 hari lagi, Negeri Sembilan International Auto Salon bakal menggegarkan dunia permotoran negara. Bakal berlangsung di ruang pameran Pasaraya Rapid Seremban 2 pada 20 - 22 Mei 2016, Negeri Sembilan International Auto Salon menjanjikan pelbagai aktiviti termasuklah pameran autoshow terbesar.

Berikut adalah 5 sebab kenapa anda perlu ke Negeri Sembilan International Auto Salon.

1. PERTAMA DI NEGERI SEMBILAN

Buat pertama kalinya, Negeri Sembilan International Auto Salon bakal menggegarkan dunia permotoran dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pameran dan pertandingan autoshow, audio, car boot sale, ruang permainan kanak-kanak dan macam-macam lagi.

2. HARGA TIKET MURAH

Bayangkan dengan hanya bayaran RM5 bagi dewasa, anda disajikan pelbagai aktiviti menarik dan boleh menyaksikan pelbagai kenderaan unik yang mungkin anda tidak pernah lihat, manakala kanak-kanak, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan pelajar (sila bawa kad pelajar) tidak dikenakan sebarang bayaran. Dalam erti lain, PERCUMA!!!

Negeri Sembilan International Auto Salon (3)
Negeri Sembilan International Auto Salon (1)

3. PENGLIBATAN 5 NEGARA

Lebih menarik, program anjuran bersama BigSumo dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan ini turut melibatkan penyertaan dari Thailand, Singapura, Indonesia dan Jepun.

4. CABUTAN BERTUAH

Bagi mereka yang membeli tiket, secara automatik anda layak dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah. Antara hadiah menarik menanti anda ialah barangan elektrik, aksesori kereta, baucar penginapan dan banyak lagi. Hadiah keseluruhan bernilai RM10,000!

5. PENAMPILAN KHAS PERODUA KANCIL & PROTON WIRA 6 TAYAR

Negeri Sembilan International Auto Salon

Paling menarik, Perodua Kancil dan Proton Wira dengan enam tayar bakal membuat penampilan khas. Sudah pasti kehadiran kedua-dua jentera menarik ini akan menjadi tumpuan ramai. Selain itu, kenderaan-kenderaan VIP dari Thailand turut membuat kemunculan.

Jadi, pastikan anda hadir ke acara julung kali diadakan ini. Mana tahu anda salah seorang pemenang hadiah cabutan bertuah.

BACA >>> Negeri Sembilan International Auto Salon Bakal Gegar Dunia Permotoran Negara

Related

574
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Big Sumo, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, Negeri Sembilan International Auto Salon, Pasaraya Rapid Seremban 2, Perodua Kancil 6 tayar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum!
  • 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
    10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP
  • Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
    Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev