TUNER kenderaan dari Jerman, AC Schnitzer baru saja memperkenalkan kit badan baharu untuk Toyota Supra edisi 2020, termasuk pakej naik taraf.
Menariknya, AC Schnitzer belum pernah menala mana-mana model Toyota sebelum ini. Tuner itu lebih banyak terbabik dengan model kontinental seperti BWM, MINI dan Land Rover.
BACA >>> Tuner Jerman Hasilkan VW Up! GTI Setanding Golf Generasi ke-3 - 145hp, 260Nm
Perubahan kuasa menyaksikan Supra dipadankan dengan spliter depan supaya nampak lebih agresif berbanding imej standard. Dari belakang, spoiler baharu ditambah di atas spoiler asal pada but kereta.
Selain dua komponen ini, AC Schnitzer turut menyediakan pilihan rim baharu 20 inci. Ada juga pemegang nombor plat depan baharu. Talaan dilakukan membolehkan kuasa kuda asal supercar ini dianjakkan dari 340hp ke 400hp, manakalakuasa tork bertambah 600Nm daripada 495Nm.
BACA >>> Toyota GR Supra GT4 Dibuka untuk Tempahan, Khas Litar Lumba Sahaja!
Bagi deruman sport ekzos, pelanggan boleh memilih sama ada mahukan peredam keluli tahan karat atau jenis gentian karbon. Keselesaan pemanduan turut dipertingkat dengan menukar suspensi standard kepada unit boleh laras. Selain itu, jarak tinggi pusat graviti (CoG) direndahkan dengan menurunkan gandar jentera sebanyak 25mm.
Pakej ubah suai ini akan mula dijual di Amerika Syarikat bermula tahun depan. Bagaimanapun, tarikh tepat pelancarann masih tidak diketahui.
BACA >>> Toyota GR Supra GTS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM580k Sahaja!
Leave a Reply