• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Juara 6 Kali WRC, Sébastien Ogier Sertai Toyota Musim 2020!

Juara 6 Kali WRC, Sébastien Ogier Sertai Toyota Musim 2020!

December 2, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


KEJUARAAN Rali Dunia (WRC) 2019 berlangsung dengan penuh drama yang mana buat kali pertama Hyundai menjuarai kategori pengeluar, manakala Toyota menjuarai kategori pemandu.

Menariknya, juara pemandu daripada Toyota, Ott Tänak akan berpindah ke kem Hyundai pada musim 2020, manakala tempat ditinggalkan itu akan diambil alih pengganti hebat, Sébastien Ogier yang juga juara enam kali WRC!

BACA >>> #RetroAuto: Inilah Kisah Proton Putra WRC yang Tersimpan Rapi di Divisyen R3

DARI KIRI: Elfyn Evans, Sébastien Ogier, Tommi Mäkinen dan Kalle Rovanperä

Ogier, 35, adalah juara kategori pemandu enam kali berturut-turut sepanjang 2013-2018, dan akan dibantu pemandu arah, Julien Ingrassia, 30. Beliau berazam untuk kembali merebut takhta dan menambah koleksi kemenangan sebanyak 47 kali menerusi jentera baharu, Toyota Yaris WRC.

Selain Ogier, Toyota turut menandatangani kontrak dua tahun bersama Elfyn Evans dan dibantu pemandu arah, Scott Martin. Evans adalah pelumba dari Wales dan menariknya kemenangan WRC pertama miliknya diraih di Wales pada 2017.

Pasukan Toyota memang dinamik apabila diketuai Tommi Mäkinen sebagai Prinsipal yang juga juara empat kali WRC. Resepi pasukan bertambah menarik apabila mengikat kontrak bersama pelumba muda, Kalle Rovanperä, 19, yang berasal dari Finland.

BACA >>> Selepas Cipta Nama dalam WRC, TCR, Hyundai Mahu Bina Kereta Lumba Elektrik Pertama!

Kalle Rovanperä

Rovanperä akan memulakan karier dengan WRC tahun depan dan dikatakan mempunyai masa depan cerah. Malah, dia pernah diberikan peluang memandu uji Yaris WRC seawal usia 16 tahun dan kini bakal bersama Toyota selama dua tahun. Bersama pemandu arah Jonne Halttunen, Rovanperä sudah memenangi WRC 2 Pro 2019 dengan menjuarai lima daripada 11 perlumbaan.

BACA >>> Toyota Camry (2020) Versi Amerika Kini dengan Opsyen AWD

Toyota Yaris WRC 2019
Toyota Yaris WRC 2019
Toyota Yaris WRC 2019
Toyota Yaris WRC 2019
(Dari kiri) Elfyn Evans, Sébastien Ogier, Tommi Mäkinen dan Kalle Rovanperä
(Dari kiri) Elfyn Evans, Sébastien Ogier, Tommi Mäkinen dan Kalle Rovanperä
(Dari kiri) Elfyn Evans, Sébastien Ogier, Tommi Mäkinen dan Kalle Rovanperä
(Dari kiri) Elfyn Evans, Sébastien Ogier, Tommi Mäkinen dan Kalle Rovanperä
sebastien-ogier-toyota-wrc-2020-bg

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Elfyn Evans, Jonne Halttunen, Julien Ingrassia, Kalle Rovanperä, Kejohanan Rali Dunia (WRC), Kejuaraan Rali Dunia (WRC), Ott Tänak, Scott Martin, Sebastien Ogier, Tommi Mäkinen, Toyota, Toyota Yaris, WRC, WRC 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev