• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / MV Agusta Rush 1000 - Streetfighter Edisi Khas yang Serba Radikal (212hp,117Nm)

MV Agusta Rush 1000 - Streetfighter Edisi Khas yang Serba Radikal (212hp,117Nm)

November 25, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MV Agusta Rush 1000 edisi khas tampil dengan rupa radikal yang mempertaruhkan lekuk badan seksi sebagai daya pelaris. Namun, wang yang perlu anda belanjakan untuk streetfighter ini bukan sedikit, iaitu €34,000 (RM156,480).

Dengan jumlah itu, pemilik akan menerima modifikasi tambahan dengan pakej asas Brutale 1000 RR. Model ini didatangkan dengan ekzos SC Project dengan janaan kuasa 209hp @ 13,000rpm untuk varian standard, atau 212hp @ 13,600rpm jika dipasangkan ekzos tanpa piawaian homologasi, dan unit komputer elektronik (ECU) yang dipetakan semula.

BACA >>> MV Agusta 1000 RR yang Lebih Mampu Milik Didedahkan, 209hp

Angka tork maksimum ialah 117Nm @ 11,000rpm yang dapat dirasai di bawah 4,000rpm, manakala sistem aruhan menggunakan dua suntikan per silinder dengan injektor bawah daripada unit Mikuni dan injektor atas buatan Magnetti Marelli.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi Öhlins elektronik di depan dengan kaliper Brembo Stylema dan brek cakera 320mm. Menyerlah lagi penampilan Rush 1000 adalah penutup gentian karbon yang menutup rim aluminium tuang pada roda belakang.

BACA >>> MV Agusta Dedah Harga Brutale 1000 Serie Oro Edisi Terhad, RM201,700

MV Agusta Rush 1000_1
MV Agusta Rush 1000_3
MV Agusta Rush 1000_6

Rush 1000 akan dibekalkan ciri elektronik terkini seperti unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi untuk pengurusan data, Kawalan Traksi, Kawalan Wheelie dan sistem ABS Selekoh. Penukaran gear dilancarkan dengan ciri anjakan Quick Shifter.

Model istimewa ini dijadualkan dipasarkan pada Mei 2020.

GALERI
MV Agusta Rush 1000_7
MV Agusta Rush 1000_9
MV Agusta Rush 1000_1
MV Agusta Rush 1000_2
MV Agusta Rush 1000_3
MV Agusta Rush 1000_4
MV Agusta Rush 1000_5
MV Agusta Rush 1000_6
MV Agusta Rush 1000_8

SUMBER: AsphaltAndRubber

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: MV Agusta, MV Rush Agusta 1000, roda2, streetfighter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev