• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Abraham Pula Bersara MotoGP, Ducati untuk Zarco?

Abraham Pula Bersara MotoGP, Ducati untuk Zarco?

November 25, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Reale Avintia Racing, Karel Abraham mengumumkan persaraan daripada Kejuaraan Dunia MotoGP yang diuarkan menerusi laman Facebook Automotodrom Brno - Brno Circuit.

Umum mengetahui Abraham ialah anak kepada pemilik litar tersebut dan tercetus spekulasi keputusan itu ada kaitan dengan campur tangan Dorna dan Ducati. Malah, beliau pun masih memiliki kontrak hingga 2020.

Buat masa ini masih belum jelas siapa pengganti Abraham di Avintia Racing. Namun, berdasarkan perkembangan semasa, pelana kosong itu seakan bakal diduduki Johann Zarco.

BACA >>> Ujian Valencia MotoGP 2020: Yamaha Duduki Tiga Teratas, Vinales Terpantas!

Zarco kemungkinan besar akan beriringan dengan Tito Rabat untuk musim 2020, dan segalanya akan terjawab menerusi pengumuman rasmi yang dijangka dibuat dalam tempoh terdekat ini. Ini kerana pasukan MotoGP masing-masing sedang bersiap untuk ujian pramusim di Jerez.

Bagaimanapun, Zarco sebelum ini pernah menolak untuk berlumba untuk dengan Avintia Racing yang menurutnya menawarkan pakej jentera kurang baik.

Namun, hasil kerjasama Ducati dan sokongan naik taraf pasukan Provater/Konsumer untuk Avintia Racing musim 2020, termasuk sokongan teknikal penuh dan secara langsung Ducati Corse, mungkin Zarco akan menimbang semula tawaran pasukan satelit Ducati itu.

Abraham memulakan karier perlumbaan profesional dengan siri Grand Prix (GP) di GP125 (2005) sebelum direkrut naik ke GP250 (2007) dan sempat menjadi juara Moto2 (2010) di Valencia. Beliau yang kini berusia 29 tahun, juga pernah berlumba untuk Ducati, Aprilia (ART) dan Honda sepanjang berada di kelas MotoGP dengan rekod perlumbaan terbaik di tangga ke-7.

BACA >>> Zarco Pegang Rekod Pelumba MotoGP 2019 Paling Banyak Kemalangan

Related

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2019 MotoGP, Avintia Racing, Johann Zarco, Karel Abraham, MotoGP, MotoGP 2020, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev