PENGELUAR kenderaan mainan miniatur, Tamiya melancarkan model Honda Monkey 125 dengan perincian yang sangat rapi dan teliti.
Dengan skala 1:12, perincian dibuat seteliti seperti model sebenar dan dapat dilihat pada rangkaian kabel yang berselerak di bahagian brek depan dan belakang. Bahagian kepala silinder juga dibuat sangat mirip dengan versi asal menerusi sirip penyejukan udara.
BACA >>> #BikinMotor: Honda Monkey 125 Edisi Hurricane dengan Aksesori Kustom Eksklusif
Begitu juga bahagian suspensi yang jika sekadar melihat foto, sesiapa saja akan menganggap itu ialah motosikal sebenar. Bahagian tayar menggunakan getah sintetik yang nampak seperti getas asli. Begitu juga perincian pada mad gad depan dan frem yang dibiarkan terdedah.
Panjang miniatur Honda Monkey 125 mencapai 143mm, dengan lebar 63mm dan tinggi 101mm, dan akan dipasarkan Tamiya secara global. Berminat? Kami rasa agak sukar mendapatkan miniatur itu melainkan anda memburunya di Jepun sebagai lokasi pusat pemasaran.
Leave a Reply