• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Bikin Kereta / Mountune Hasilkan Kit Prestasi untuk Volkswagen Golf GTI

Mountune Hasilkan Kit Prestasi untuk Volkswagen Golf GTI

November 25, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOUNTUNE adalah syarikat penala dan pengeluar komponen prestasi dari Brentwood, London yang sudah beroperasi hampir 40 tahun, termasuk mempunyai operasi di Amerika Syarikat (AS). Bagaimanapun, Mountune lebih dikenali sebagai penala Ford dan memiliki produk trek dan jalanan.

Walaupun sinonim dengan jenama dari AS itu, syarikat tersebut turut menghasilkan kit prestasi untuk Volkswagen Golf GTI 7.5. Walaupun masih baru dalam dunia prestasi Volkswagen, kit Stage 1 untuk model itu mampu meningkatkan kuasa dan tork dengan signifikan tanpa menjejaskan keselamatan dan ketahanan jentera.

BACA >>> Ford Performance Lancar Kit Suspensi Off-Road untuk Model Ranger

mountune-logo
m52-logo

Kit naik taraf ini juga begitu mesra pengguna kerana pemilik boleh melakukan kalibrasi semula dengan menggunakan peranti tangan mTune. Harga pula tidak tinggi, pakej Stage 1 Power Upgrade dijual pada £715.50 (RM3,850).

Ia pasti berbaloi kerana prestasi kereta dapat ditingkatkan dengan mengekalkan fiil OEM. Pakej Stage 1 untuk Volkwagen GTI didatangkan dengan lima kalibrasi utama, misalnya versi tork tinggi dan tork rendah buat pemandu yang mahukan hasil maksimum tanpa menaik taraf kit klac.

Tidak hanya prestasi, SEAT juga menggunakan kalibrasi lain untuk perlindungan keselamatan seperti mencegah kereta daripada dicuri dan menyekat sepenuhnya pergerakan (immobilize) kenderaan.

Dengan kit Mountune, kuasa puncak GTI 7.5 dapat ditingkatkan kepada 358hp dan tork 500Nm, bertambah 86hp dan 125Nm.

BACA >>> Kuasa Honda Civic Type R dengan Kit Prestasi (Tambah 47hp, 98Nm)

Perincian Kit Stage 1 Mountune untuk Volkwagen Golf GTI 7.5

  • Peranti tangan dengan lima kalibrasi Tahap 1: Stage 1, Stage 1 low-torque, Stock, Valet, dan Anti-theft.
  • Paparan tolok (mengawasai saluran ODB)
  • Lampu tukaran gear boleh laras
  • Ukuran pencapaian prestasi (0-100kmj)
  • Datalogger (maksimum 10 jam)
  • Pembaca fault-code
  • Kotak simpanan berzip dengan pemegang (mount) mTune, OBD dan kabel USB.
  • Lencana m52

Sebagai tambahan, sistem induksi M52 X3A yang direka untuk platform VAG MQB mampu meningkatkan kuasa Golf GTI ke tahap lebih tinggi dengan semua kalibrasi Stage 1 dioptimumkan supaya selari dengan sistem X3. Semua produk m52 mempunyai waranti untuk kecacatan pengeluaran bagi tempoh 12 bulan atau 19,300km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> Fiat 850 Selamba Naik Bukit dengan Enjin Kawasaki Ninja ZX-12R Berkuasa 178hp!

GALERI
VW Golf GTI mountune.02
volkswagen-golf-gti-7.5-mountune-5
volkswagen-golf-gti-7.5-mountune-1
volkswagen-golf-gti-7.5-mountune-2
VW Golf GTI mountune.04
VW Golf GTI mountune.03
VW Golf GTI mountune.01
volkswagen-golf-gti-7.5-mountune-3
volkswagen-golf-gti-7.5-mountune-4

Related

110
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta Tagged With: M52 X3A, mountune, mTune, Volkswagen, Volkswagen Golf, Volkswagen Golf GTI 7.5, VW Golf GTI

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
    MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev