• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Dari Kereta ke Motosikal, SEAT Perkenal e-Scooter Concept di Barcelona

Dari Kereta ke Motosikal, SEAT Perkenal e-Scooter Concept di Barcelona

November 22, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

452
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL e-Scooter Concept ialah motosikal elektrik pertama SEAT yang ditayangkan kepada umum sempena Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar (SCEWC) di Barcelona pada 19 November lalu.

Apa yang menarik adalah pendekatan SEAT yang meletakkan projek itu di bawah unit bisnes baharu dinamakan SEAT Urban Mobility. e-Scooter Concept bukan motosikal semata-mata, tetapi sebahagian agenda pengangkutan yang mahu dibawa SEAT.

Di bawah unit baharu itu, SEAT akan meletakkan semua produk, perkhidmatan dan solusi pengangkutan berasaskan platform di bawah satu bumbung.

BACA >>> SEAT Jadi Pengeluar Motosikal, Bakal Perkenal eScooter Concept Pertama

e-Scooter Concept dikuasakan bateri-elektrik sepenuhnya dengan rekabentuk kompak berasaskan bentuk geometrik bergaya. SEAT bekerjasama dengan pengeluar skuter dari Barcelona, Silence yang akan menghasilkan model itu di kilang Molins de Rei, Sepanyol.

Skuter konsep itu dilengkapi motor elektrik 7kW dengan kuasa maksimum 11kW (14.8hp) yang bersamaan motosikal bersesaran 125cc. Antara keistimewaan kenderaan elektrik ialah daya tork serta-merta dan skuter ini mampu mencapai tork setinggi 240Nm.

Kelajuan maksimum pula 100kmj, manakala pecutan 0-50kmj dapat dicapai sepantas 3.8 saat. Jarak tunggangan dengan cas penuh ialah 115km berdasarkan ujian Kitaran Ujian Motosikal Sedunia (WMTC).

BACA >>> SEAT Minimó - Kenderaan Kuadrisikal untuk Penyelesaian Pengangkutan dalam Bandar

Bateri boleh ditanggalkan dan mudah dicas di rumah atau stesen pengecasan awam pada kos anggaran €0.70 (RM3.22) untuk setiap 100km di daratan Eropah. Dari segi praktikaliti, simpanan bawah pelana boleh memuatkan dua helmet dan pengguna boleh memeriksa tahap kuasa bateri dan lokasi skuter menerusi aplikasi mobil telefon pintar.

Versi pengeluaran e-Scooter Concept akan ditawarkan kepada pelanggan pada 2020 dengan mensasarkan pengguna persendirian, perkhidmatan perkongsian dan syarikat pengangkutan.

BACA >>> Cupra e-Racer - Kereta Lumba Touring Elektrik Pertama Dunia dengan Kuasa Luar Biasa!

GALERI

Related

452
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, Seat, SEAT e-Scooter concept, SEAT Urban Mobility, skuter

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my