• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gambar Proton Perdana 2016 Berwarna Putih Bocor !!!

Gambar Proton Perdana 2016 Berwarna Putih Bocor !!!

May 9, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Proton Perdana 2016 PutihSEMAKIN dekat tarikh pelancaran, semakin banyak pula gambar Proton Perdana 2016 bocor. Berlainan dengan artikel terdahulu, kali ini kami menampilkan gambar Proton Perdana 2016 berwarna putih. Nampak menarik?

Nampaknya tiada rahsia lagi dengan Proton Perdana 2016 memandangkan sudah banyak gambar yang bocor. Sekarang cuma tunggu tarikh pelancaran.

Tetapi sehingga ke hari ini, pihak Proton masih belum menghantar sebarang jemputan pelancaran Proton Perdana baharu biarpun kami menjangkakan ia akan dilancarkan pada Mei 2016. Mungkin jangkaan kami sekali lagi meleset.

Mungkin juga Proton mahu memastikan Perdana 2016 betul-betul bersedia dengan tahap kualiti terbaik. Tidak mengapa, kita tunggu lagi!

BACA >>> Brosur Spesifikasi PROTON Perdana 2.4 Premium Didedahkan – Menarik?

BACA >>> Lagi Gambar PROTON Perdana 2016 Bocor!!!

Proton Perdana 2016 berwarna putihBagi anda yang tidak tahu, Proton Perdana 2016 didatangkan dalam dua varian, 2.0L dan 2.4L.

Aspek prestasi, Proton Perdana 2016 buat masa ini akan menggunakan enjin Honda Accord generasi ke-8.  Manakala penggunaan enjin baharu iaitu Petronas NE01 pula dijangka akan dipasang secara berperingkat pada 2017.

Bagi varian 2.4L, ia akan dipadankan dengan kotak gear transmisi automatik 5-kelajuan yang mampu menghamburkan kuasa sebanyak 177hp dan tork puncak 222Nm.

BACA >>> PROTON Perdana Edisi Limousine – Hanya ada 5 Unit di Malaysia

Selain putih, Proton Perdana 2016 turut menampilkan lima lagi warna menarik iaitu, Kelabu Graphite, Perak Sterling, Merah Ruby, Hitam Midnight dan Emas Citrine.

Sama seperti saya maklumkan sebelum ini, kita tunggu sajalah pelancarannya nanti. Cuma untuk Proton, pastikan produk anda benar-benar bersedia, barulah lancar. Biar lambat, asalkan produk anda terbaik.

Related

159
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Gambar Proton Perdana Bocor, Honda Accord, Petronas, Proton, Proton Perdana 2016, Proton Perdana 2016 berwarna putih

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my