• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Walau Enjin Kecil, Isuzu D-Max 1.9L Mudah Takluk Medan Tempur Borneo Safari

Walau Enjin Kecil, Isuzu D-Max 1.9L Mudah Takluk Medan Tempur Borneo Safari

November 18, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BORNEO Safari adalah antara acara off-road yang cukup dikenali dalam kalangan peminat 4x4 seluruh dunia dan tahun ini model Isuzu D-Max turut mengambil bahagian.

Ketahanan dan kelasakan D-Max dengan enjin BluePower 1.9L jelas terbukti sepanjang tujuh hari acara berlangsung dengan kemampuan mengharungi apa juga rintangan dan keadaan rupa bumi tanpa mengalami sebarang kerosakan dan insiden tidak diingini.

Dilancarkan sebulan lalu, D-Max 1.9L dengan rekod perbatuan 200km itu meredah permukaan hutan di Sabah sebagai kenderaan pengangkutan untuk media yang memulakan perjalanan di Kota Kinabalu dan berakhir di lokasi sama.

'Blue Monster' hadir dengan kelengkapan standard yang disesuaikan dengan kegunaan off-road ekstrem. Misalnya ketinggian badan ditambah untuk membolehkan pemasangan tayar lumpur, absorber boleh laras panjang, snorkel, win dan penampan lasak sebagai pelindung ketika meredah cabaran rupa bumi dalam hutan.

Ketua Pegawai Operasi (CEO) Isuzu Malaysia, Mayasuki Suzuki berkata, peminat off-road faham tentang kepentingan keseimbangan antara ketangkasan dan hantaran kuasa ketika berdepan laluan getir dalam hutan.

"Dengan hantaran kuasa mengagumkan dan padanan transmisi 6-kelajuan, walaupun enjin kecil, D-Max nyata menyerlah dalam apa jua situasi," katanya.

BACA >>> Isuzu MU-X Dinobat ‘Vehicle Of The Year Borneo Safari 2016

Borneo Safari (2019)_11
SONY DSC
Borneo Safari (2019)_19

 

D-Max 1.9L dipcau enjin 1,898cc yang dibangunkan untuk meningkatkan prestasi enjin dan reliabiliti, terdiri daripada komponen enjin yang lebih ringan bagi mengurangkan geseran dan tekanan ke atas komponen. Sistem pengecasturbo Sistem Geometri Variabel (VGS) dikemas kini, manakala respon enjin dipertingkat, terutama ketika rev (rpm) enjin rendah supaya respons enjin lebih baik.

Jentera 'Blue Monster' menyertai unit 'Red Monster', 'White Monster' dan 'Black Monster' sebagai sebahagian komitmen Isuzu Malaysia selaku penaja utama acara berkenaan sejak 13 tahun lalu, manakala Borneo Safari dianjurkan secara tahunan sejak 1991.

BACA >>> #PanduUji: Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power - Serius Ada Power, dan Jimat Minyak!

GALERI
Borneo Safari (2019)_4
Borneo Safari (2019)_1
SONY DSC
Borneo Safari (2019)_3
Borneo Safari (2019)_5
Borneo Safari (2019)_6
Borneo Safari (2019)_7
SONY DSC
Borneo Safari (2019)_9
Borneo Safari (2019)_10
Borneo Safari (2019)_11
Borneo Safari (2019)_12
Borneo Safari (2019)_13
Borneo Safari (2019)_14
Borneo Safari (2019)_15
SONY DSC
SONY DSC
SONY DSC
Borneo Safari (2019)_19
Borneo Safari (2019)_20

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Borneo Safari, Isuzu, Isuzu D-Max, Isuzu D-Max 1.9L, Isuzu Malaysia, Mayasuki Suzuki, pikap trak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev