• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Shoei Glamster - Helmet Khas untuk Penunggang Retro Moden

Shoei Glamster - Helmet Khas untuk Penunggang Retro Moden

November 21, 2019 By admin.pandulaju Leave a Comment

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARI INI hampir semua pengeluar memiliki model motosikal tema retro dalam barisan produk masing-masing. Masalahnya, anda tentu tidak mahu menunggang jentera gaya cool dan retro itu dengan memakai helmet yang membuatkan orang lain nampak anda seperti Power Ranger.

Shoei Glamster ini diilhamkan daripada helmet pelumba GP era 7o-80an dahulu, tetapi dibikin semula menggunakan material dan teknik paling terkini.

BACA >>> Helmet Shoei X-Fourteen Power Rush dengan Grafik Badak Hijau, Harga RM2.6k

Basalt Grey
Black
Laguna Blue Pinlock
Matt Black
Off White
Resurrection TC-2
Resurrection TC-10
Resurrection TC-5

Cengkerang luar menggunakan binaan AIM (Advanced Integrated Matrix) dengan fiber organik dan fiber multikomposit pelbagai lapisan untuk mendapatkan perlindungan serapan kejutan dan rigiditi optimum. Pelapik dalaman terdiri daripada unit EPS multi-ketumpatan dengan elemen ketumpatan berbeza yang berfungsi melindungi pelbagai bahagian kepala penunggang.

Shoei Glamster ini siap didatangkan kancing Pinlock dengan tiga tahap pelarasan. Ada lima saiz berbeza: XS, M, L, XL dan XXL.

BACA >>> Shoei X-Spirit III Marquez Motegi 3 TC2, Helmet Replika Rai Kemenangan MM93 di Jepun

Pelapik dalaman boleh ditanggalkan dan dibasuh sepenuhnya. Inlet pada dagu dan dahi helmet berfungsi menyalur masuk udara sejuk dan pada masa sama melepaskan udara panas keluar menerusi inlet belakang untuk memberikan keselesaan terbaik buat penunggang.

Shoei Glamster terdapat dalam lapan pilihan warna berbeza, dengan warna biasa tanpa corak berharga £399.99 (RM2,150) dan versi grafik Resurrection yang berharga £499.99 (RM2,690).

Maklumat lanjut boleh klik pautan INI.

SUMBER: VisorDown

Related

268
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, helmet, shoei, Shoei Glamster

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev