PEMERINTAH Swaziland, Raja Mswati III menjadi perhatian dunia selepas dilaporkan berbelanja kira-kira £13 juta (RM69.50 juta) untuk membeli 19 Rolls-Royce dan 120 BMW buat 14 isterinya.
Beberapa unit kereta mewah itu diimport dari Afrika Selatan, termasuk barisan model BMW X3 and 5-Series yang masih berbalut plastik dan busa. Semua kenderaan itu dimuatkan dalam treler.
Penduduk yang menyaksikan ketibaan barisan kereta mewah itu tidak melepaskan peluang merakamkan gambar dan memuat naik di media sosial. Setiap satu kereta BMW tersebut dikatakan berharga lebih £30,000 (RM160,490).
BACA >>> Kadar Tol Boleh Turun Hingga 25 Peratus Jika Kerajaan Mahu - Tun Daim
Purata gaji rakyat Swaziland dianggarkan cuma £10,000 (RM53,495) setahun yang memerlukan seseorang bekerja selama 70 tahun tanpa berbelanja untuk membeli sebuah Rolls-Royce.
Mswati III mempunyai 14 orang isteri selepas salah seorang meninggal dunia akibat kanser kulit. Beliau juga memiliki lebih 25 anak setakat ini.
Baginda bukan saja raja yang berkuasa penuh di Swaziland, tetapi juga popular dengan tabiat boros berbelanja, sekali gus menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk miskin di negara itu. Lebih-lebih lagi Swaziland bukanlah negara ramai penduduk kerana menurut Bank Dunia ia cuma mempunyai hampir 1.3 juta penduduk sahaja.
BACA >>> Sultan Johor Menang Lagi Bidaan Nombor Pendaftaran, Kali Ini Pilih VR46!
Sebelum ini, Mswati III pernah menimbulkan kontroversi apabila membeli sebuah jet peribadi mewah berharga £200 juta (RM1.1 bilion).
SUMBER: Daily Mail | Timeslive
Leave a Reply