• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Hujan Lebat? Ikut Tip Ini untuk Pandu Selamat!

#ApaNakBuat: Hujan Lebat? Ikut Tip Ini untuk Pandu Selamat!

May 7, 2016 By Azhan O 4 Comments

941
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANDU ketika hujan lebat sangat berbahaya. Fakta menunjukkan banyak kenderaan berpotensi rosak ketika hujan akibat masalah enjin dan sistem elektrikal, lebih-lebih lagi kereta lama. Namun, jika keadaan tidak dapat dielakkan, anda boleh ikuti tip pandu selamat ketika hujan lebat seperti di bawah.

JIKA BELUM MEMANDU

tunggu-hujan-berhenti
Anda sepatutnya mengelak memandu ketika hujan lebat dan itulah sebaiknya. Jika merancang perjalanan jauh, anda boleh batalkan saja atau tangguhkan perjalanan.  Jika mahu pulang bekerja, tunggulah hujan reda. Tetapi jika terpaksa juga memandu ketika hujan lebat kerana ada hal penting atau hujan tiada tanda mahu reda, ikutlah tip-tip berikut:

1. TANGGUH PERJALANAN

Jika penjalanan anda tidak begitu penting, apa kata tunggu saja hujan reda atau berhenti dahulu. Ini kerana memandu dalam hujan lebat amat berbahaya. Anda mungkin perlu menempuh jalan banjir, kesesakan lalu lintas teruk dan bahaya lain seperti pokok tumbang atau papan tanda melayang.

2. RANCANG PERJALANAN

Elakkan kawasan yang anda tahu kerap terjejas dengan mengenal pasti jalan berisiko banjir dan sesak teruk akibat banjir kilat selepas hujan.

3. MAKLUMKAN PERJALANAN

Beritahu keluarga atau rakan di rumah yang anda mahu pulang. Biarkan mereka tahu laluan yang anda akan lalui dan masa dijangka sampai.

4. PERIKSA BILAH PENGELAP

Jangan memandu dalam keadaan bilah pengelap tidak berfungsi baik atau getah rosak. Baiki atau tukar segera.

5. ISI MINYAK

Anda mungkin terperangkap lama dalam kesesakan. Pastikan minyak diisi secukupnya.

6. CAS TELEFON BIMBIT

Amat penting untuk berdepan sebarang kesukaran sepanjang pemanduan. Sila cas penuh sebelum bertolak atau bawa bersama peranti cas @ powerbank dalam kereta.

BACA >>> #TahukahAnda: Ketahui 6 Tip Menunggang Motosikal Ketika Musim Hujan


JIKA SEDANG MEMANDU

hujan-lebat
Tip di bawah khas buat mereka yang memandu dan tiba-tiba hujan lebat. Anda sepatutnya menukar gaya pemanduan normal anda secepat mungkin. Hujan lebat atau cuaca buruk menuntut anda supaya lebih berhati-hati dan fokus. Ingat, pelumba profesional atas trek pun akan memperlahankan kenderaan mereka apabila hujan lebat.

1. HIDUPKAN LAMPU

Buka lampu suluh rendah (low-beam) sepenuhnya. Ini untuk memudahkan anda dilihat kenderaan depan dan belakang. Walaupun hujan lebat ketika siang, anda tetap perlu memasang lampu.

2. JANGAN GUNA LAMPU KABUS BELAKANG (REAR FOG LAMP)

Sebenarnya hujan lebat masih belum cukup melayakkan anda menggunakan lampu kabus belakang melainkan jarak penglihatan berada pada tahap kurang 100 meter, iaitu ketika hujan ribut atau hujan kabus di kawasan tanah tinggi. Ini kerana lampu kabus belakang boleh mengaburi lampu brek dan menyilau pandangan pemandu belakang.

3. MEMANDU JARAK SELAMAT

Pastikan jarak selamat dengan kenderaan depan. Ini penting supaya anda ada cukup ruang untuk berhenti jika kenderaan depan membrek kecemasan. Anda boleh gunakan 'Peraturan 4 Saat'.

4. WASPADA KENDERAAN LAJU ATAU BESAR

Segera jauhi kenderaan besar seperti lori atau trak untuk mengelak tersimbah air yang boleh mengurangkan kejelasan pandangan. Begitu juga kenderaan laju, beri saja laluan kepada mereka dan tidak perlu berkonfrontasi.

5. DENGAR RADIO

Radio kebiasaannya akan melaporkan keadaan trafik, ramalan cuaca dan amaran banjir dari masa ke semasa. Jadi, kekalkan pendengaran anda.

6. TUTUP BONET JIKA TERKANDAS

Jika kereta terkandas, jangan tinggalkan kereta anda dalam keadaan bonet terbuka. Tutup bonet dan duduk dalam kereta hingga bantuan tiba.

7. JANGAN MEMANDU LAJU

Lopak air boleh menghilangkan sentuhan tayar dengan permukaan jalan, sekali gus mengurangkan cengkaman brek dan tayar. Jadi, jangan memandu laju dan kekalkan jarak selamat. Pegang stereng dengan kedua-dua belah tangan bagi mengelak hilang kawalan.

8. PEKA DENGAN PENGGUNA JALAN RAYA LAIN

Bukan anda saja yang menggunakan jalan raya. Sila prihatin dengan pengguna jalan raya lain, terutama penunggang motosikal dan pejalan kaki. Pastikan kereta anda tidak menyebabkan air tersembur ke arah mereka.

9. JANGAN PASANG LAMPU BAHAYA (HAZARD LIGHTS)

Jangan sesekali cuba memasang lampu bahaya, kononnya supaya pemandu lain dapat melihat anda. Cukup sekadar menyalakan lampu sedia ada (lampu depan) dan tambahan lampu kabus depan. Buka lampu bahaya hanya jika berlaku kecemasan, iaitu apabila kereta anda rosak dan berhenti tiba-tiba di tengah jalan, ataupun terpaksa diparkir di lorong kecemasan.

Lampu bahaya juga boleh dihidupkan jika di hadapan anda berlaku situasi kecemasan seperti kemalangan atau kereta pemandu lain rosak. Ya, ia digunakan untuk memberitahu pemandu di belakang bahawa anda sedang memperlahankan kenderaan. Jadi, tidak perlu langsung memasang lampu bahaya!

BACA >>> Beginilah Cara Guna Lampu Kereta Anda dengan Betul

Related

941
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, memandu ketika hujan lebat, pandu selamat ketika hujan lebat, tip automobil, Tip Memandu Ketika Hujan Lebat, tip pandu selamat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
    Petronas Labur RM25b, Perkukuh Sarawak Sebagai Hab Tenaga Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Kawalan Traksi (TRC)? Bagaimanakah Ia Berfungsi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev