• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Tempahan Ultraviolette F77 Dibuka di India, Sportbike EV Serendah RM17k Sahaja!

Tempahan Ultraviolette F77 Dibuka di India, Sportbike EV Serendah RM17k Sahaja!

November 17, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ULTRAVIOLETTE Automotive baru saja mendedahkan motosikal elektrik, F77 di India pada harga serendah 3 lakh (RM17,350) sahaja!

Motosikal EV itu, yang diilhamkan daripada kejuruteraan aeronautik dan aeroangkasa, akan mula ditawarkan di Bangalore terlebih dulu yang mana pendaftaran atas talian kini dibuka.

Dijana motor elektrik 25kW berkuasa 33.5hp dengan tork 90Nm, F77 mampu memecut 0-6okmj sepantas 2.9 saat, manakala pecutan 0-100kmj dalam masa 7.5 saat sahaja. Kelajuan maksimum pula 147kmj dengan tiga mod tunggangan berbeza: Eco, Sports dan Insane.

Trenkuasa F77 menggunakan tiga pek modular bateri litium-ion 4.2kWh yang setiap satu seberat 8.5kg untuk jarak tunggangan sejauh 130km-150km dalam kawasan bandar. Menggunakan pengecas standard, motosikal ini boleh dicas hingga 80 peratus dalam tempoh 3 jam, dan 100 peratus dalam masa 5 jam.

BACA >>> Lightning Strike, Sportbike Elektrik Mampu Milik Serendah RM53k?

Sebaliknya, jika menggunakan pengecas pantas, kadar cas 80 peratus boleh dibuat dalam masa 50 minit sahaja dan 100 peratus cuma memerlukan 90 minit.

F77 ialah motosikal jenis sportbike yang menggunakan frem aluminium sebagai casis dan dipasangkan fork terbalik (USD) di depan dan absorber boleh laras di belakang. Paparan maklumat dipamerkan pada skrin TFT berwarna 5 inci. Lampu depan menggunakan jenis LED penuh dan panel sisi besar pada badan motosikal berfungsi melindungi pek bateri.

Rim 17 inci menggunakan brek cakera tunggal 320mm dengan kaliper 4-piston di depan, dan cakera tunggal 230mm dengan kaliper piston tunggal di belakang yang dipadukan dengan Sistem Anti-Brek Kunci (ABS).

F77 didatangkan dalam tiga varian: Lightning, Shadow dan Laser, dan dijual pada harga antara 3 lakh (RM17,350) dan 3.25 lakh (RM18,800). Penghantaran pertama dijadualkan bermula suku ketiga tahun depan.

BACA >>> Lightning Strike, Superbike EV Terpantas Versi Jalanan dengan Posisi Menunggang Relaks

GALERI
ultraviolette-f77
ultraviolette-f77 (8)
ultraviolette-f77 (7)
ultraviolette-f77 (6)
ultraviolette-f77 (3)
ultraviolette-f77 (2)
Ultraviolette-Automotive-F77-1
Ultraviolette-Automotive-F77-2
Ultraviolette-Automotive-F77-3

SUMBER: IndiaToday | Omnimoto | ZigWheels

 

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: motosikal EV, Motosikel Elektrik, roda2, Ultraviolette Automotive, Ultraviolette F77

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev