JANGAN lepaskan peluang menyaksikan perlumbaan enduran K-Car Global 24H di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 16 November ini, bermula jam 8 pagi.
Ada satu lagi berita baik khas buat pemilik kereta Perodua!
Pada hari acara tersebut, anda juga berpeluang menikmati aktiviti eksklusif disediakan, iaitu memandu di trek Sepang sebenar selain merasai kemudahan Perodua dengan bayaran RM10* sahaja. Menarik!
* Tertakluk terma dan syarat
BAGAIMANA TURUT SERTA?
- Daftar dan log masuk ke akaun UFirst di www.UFirst.com.my/app atau laman web UFirst.
- Pergi ke 'Redemption' dan klik pada K-Car Global 2019 – Sepang 24H Endurance.
- Pilih opsyen penyertaan anda (bilangan penumpang), dan masukkan nombor pendaftaran kereta anda dan butiran peserta, nama dan umur dalam kolum 'Remark' semasa semak keluar (checkout).
- Teruskan ke bahagian pembayaran menerusi e-bayar UFirst (kad debit dan perbankan online sahaja)
- Sebarang pertanyaan boleh e-mel kepada [email protected] atau hubungi 03-6092 8888 sambungan 5433/3661.
TERMA DAN SYARAT
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
- Setiap penyertaan terhad untuk satu (1) hingga lima (5) peserta sahaja yang memandu kenderaan Perodua.
- Pemandu mesti bawa kereta Perodua semasa acara berlangsung. Hanya kereta yang disahkan Perodua dan K-Car Global (Malaysia) dibenarkan digunakan.
- Seorang atau salah seorang peserta mesti ada lesen memandu sah.
- Minimum umur 18 tahun ke atas. Jika bawah umur mesti ada ibu bapa dan penjaga sah yang ikut sekali.
- Pemandu mesti berdaftar sebagai ahli UFirst (Perodua Loyalty Program), dan lengkapkan proses pendaftaran menerusi menu UFirst Redemption (laman web UFirst).
- Pendaftaran ditutup pada 15.11.2019, jam 3 petang.
- Yuran pendaftaran RM20 perlu dibayar sama ada secara tunai RM10 + tebus 1,000 UKoin (mata UFirst); ATAU tebus 10,000 mata UKoin per kereta.
- Terhad kepada 100 peserta/pasukan sahaja, siapa cepat dia dapat.
- Atas keselatamatan, HANYA pemandu dan seorang (1) dewasa/penumpang daripada setiap peserta/pasukan (dengan minimum umur 16 tahun) dibenarkan untuk aktiviti memandu di Litar Sepang (2 peserta sahaja)
- Pemandu dan penumpang perlu pakai kasut sukan bertutup penuh dan helmet patuh SIRIM. Helmet dan kasut tidak disediakan.
- Setiap peserta/pasukan akan diberikan satu (1) hidangan sarapan dan (1) makanan tengah hari setiap peserta.
- Semua peserta/pasukan perlu ikut dan patuh kepada peraturan keselamatan memandu seperti dijelaskan penganjur dan pihak berkuasa keselamatan jalan raya yang terlibat.
- Perodua tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan dan kehilangan akibat kegagalan peserta mengikuti dan mematuhi peraturan.
Lagi terma dan syarat boleh dibaca di pautan ini: ufirst.com.my.
Leave a Reply