• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Dash 125 (2019) Tambah Warna Baharu, Grafik Dikemas Kini, Harga Kekal!

Honda Dash 125 (2019) Tambah Warna Baharu, Grafik Dikemas Kini, Harga Kekal!

November 13, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

755
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGENALAN Honda Dash 125 pada tahun lalu adalah versi naik taraf daripada model terdahulu, iaitu Wave Dash yang diperkenalkan lapan tahun lalu.

Ia didatangkan dengan jantung baharu yang lebih besar dan berkuasa selain menawarkan penjimatan bahan api lebih baik berbanding Wave Dash walaupun model lama itu memiliki kapasiti minyak lebih kecil, 110cc.

BACA >>> Honda Dash 125 (2018) Kini Lebih Berkuasa dan Menarik - Harga Bermula RM5,999

Selepas setahun di pasaran, Boon Siew Honda kini tampil memperkenalkan Dash 125 versi kemas kini dengan memperbaharui warna dan rekaan grafik baharu yang kini lebih menyerlah untuk efek lebih segar dan funky. Gabungan warna cerah dan grafik perak-hitam memberikan kombinasi dwi-tona yang menarik.

Dash 125 (2019) menampilkan dua warna baharu:

  • Clipper Yellow (kuning)
  • Candy Scintillate Red (merah)

Dua warna baharu itu menyertai warna sedia ada Pearl Nightfall Blue (biru) dan varian edisi Repsol yang masing-masing diberikan opsyen brek cakera di depan dan belakang.

Ada tiga varian berbeza ditawarkan tanpa ada sebarang kenaikan harga:

  • Brek cakera (depan sahaja) - RM5,999
  • Brek cakera (depan & belakang) - RM6,299
  • Edisi Repsol (brek cakera depan & belakang) - RM6,499

Dash 125 (2019) dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 125cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 9.9hp @ 8,000rpm dan tork 9.54Nm @ 6,500rpm.

BACA >>> Honda Wave Dash Fi Facelift (2017) - Enjin Lebih Berkuasa & Jimat Minyak

GALERI

Related

755
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda Dash 125 (2018), Honda Dash 125 (2019), Kapcai, roda2, Warna Baharu

Comments

  1. Firdaus says

    November 2, 2023 at 10:52 AM

    salam admin, saya ada nak tolak Dash 125 keluaran 2019, set Repsol. kalau berminat nanti email lah saya.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my