• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Maserati GranTurismo Zéda Bakal Muncul 2020 Sebagai Tribut GranTurismo Terakhir!

Maserati GranTurismo Zéda Bakal Muncul 2020 Sebagai Tribut GranTurismo Terakhir!

November 18, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

25
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MASERATI akan memperkenalkan model istimewa, GranTurismo Zéda sebagai tanda berakhirnya pengeluaran GranTurismo dan bermula hala tuju baharu pengeluar itu dalam inovasi, elektrifikasi dan pemanduan autonomi.

Pada masa ini, kerja-kerja pemasangan dan proses menaik taraf penuh sudah bermula di kilang Viale Ciro Menotti di Modena, Itali, juga dilakukan untuk menampung keupayaan membina supercar baharu yang akan dilancarkan beberapa bulan lagi.

GranTurismo Zéda dengan rekabentuk luaran futuristik mendapat sentuhan Centro Stile Maserati yang menunjukkan pembaharuan warna dan penggunaan material. Model edisi khas ini adalah penghubung masa lampau, kini dan masa depan jenama Maserati.

BACA >>> Maserati Levante Vulcano Limited Edition Cuma 10 Unit di Malaysia, RM838k Sahaja!

Melihat bahagian belakang hingga depan, tona warna berubah dari satin biru ke lapisan metalik seakan kesan terbakar.  GranTurismo, yang ditayangkan pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2007  memainkan peranan penting dalam mendokong sejarah kejayaan jenama Maserati.

Kereta dua pintu dengan empat kerusi itu menggunakan rekabentuk klasik moden Pininfarina dan dijana enjin 8-silinder aspirasi natural (NA). Ia adalah tafsiran kepada model Maserati A6 1500 (1947). Kemudian di Pameran Motor Antarabangsa Frankfurt (IAA) 2009 pula, GranCabrio pula menyertai keluarga GranTurismo.

GranTurismo menjalan beberapa siri naik taraf model dengan edisi terakhir pada 2018 yang mendapat penggayaan semula untuk meningkatkan keupayaan aerodinamik, ergonomik dan sistem infotaiment. Model 2018 itu juga ditawarkan dalam 16 warna badan, 14 rim aloi ringan dengan enam rekabentuk berbeza, 9 pilihan warna kaliper brek dan dua pek kemasan luaran, Exterior Carbon dan Exterior Body Colour.

GranTurismo menggunakan enjin Ferrari 4.7 liter V8 berkuasa 460hp @7,000rpm dan tork maksimum 520Nm @ 4,750rpm. Lebih 40,000 unit GranTurismo dan GranCabrio sudah dijual setakat ini, iaitu 28,805 unit untuk GranTurismo dan 11,715 unit (GranCabrio).

BACA >>> 8 Fakta Pantas: Maserati Levante S (2019) Kini di Malaysia, Harga Bermula RM788,800

GALERI
Maserati GranTurismo Zeda (1)
Maserati GranTurismo Zeda (2)
Maserati GranTurismo Zeda (4)
Maserati GranTurismo Zeda (3)
Maserati GranTurismo Zeda (28)
Maserati GranTurismo Zeda (24)
Maserati GranTurismo Zeda (26)
Maserati GranTurismo Zeda (27)
Maserati GranTurismo Zeda (25)
Maserati GranTurismo Zeda (20)
Maserati GranTurismo Zeda (21)
Maserati GranTurismo Zeda (19)
Maserati GranTurismo Zeda (18)
Maserati GranTurismo Zeda (17)
Maserati GranTurismo Zeda (16)
Maserati GranTurismo Zeda (15)
Maserati GranTurismo Zeda (13)
Maserati GranTurismo Zeda (12)
Maserati GranTurismo Zeda (11)
Maserati GranTurismo Zeda (14)
Maserati GranTurismo Zeda (9)
Maserati GranTurismo Zeda (8)
Maserati GranTurismo Zeda (7)
Maserati GranTurismo Zeda (6)
Maserati GranTurismo Zeda (22)
Maserati GranTurismo Zeda (23)

SUMBER: Maserati

Related

25
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Centro Stile Maserati, enjin Maserati Levante Vulcano, Maserati, Maserati GranTurismo, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev