• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nasihat Marquez: "Jangan WhatsApp Ketika Menunggang!"

Nasihat Marquez: "Jangan WhatsApp Ketika Menunggang!"

November 12, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


SELAIN bercakap tentang model baharu Honda CBR1000RR-R yang membuat kemunculan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, juara dunia MotoGP 2019, Marc Marquez turut mengambil kesempatan menyampaikan pesanan khidmat masyarakat kepada orang ramai, terutama kalangan penunggang motosikal sedunia.

Dipetik laman web Elportaldesalta, Marquez diminta memberikan pendapatnya apabila beliau berpeluang memecut di jalan raya.

Ini jawapan padu adinda Marquez kita;

Jalan raya bukan tempat nak bermain. Aku selalu cakap kat kawan-kawan, kalau korang nak lepaskan nafsu adrenalin, sewalah litar supaya boleh pecut sepuas-puasnya. Jangan buat kat jalan raya sebab sangat bahaya, kita perlu patuh undang-undang."

Menurut juara dunia lapan kali itu, beliau rasa lebih selamat menunggang di litar kerana semua sudah siap ada jika berlaku sebarang kemungkinan. Katanya lagi, keselamatan menunggang di jalan raya memang boleh dipertingkat, tetapi penunggang motosikal perlu sedar bahawa jaminan keselamatan 100 peratus itu tidak pernah ada untuk mereka.

Hal pertama yang perlu buat, jangan guna telefon ketika menunggang, contohnya balas WhatsApp kerana boleh sebabkan kecelakaan dan membahayakan diri.

Marquez turut membuat pendedahan yang ibunya tidak pernah sangka beliau ambil lesen motor yang diperolehnya pada usia 18 tahun. Dia juga sedar tentang risiko persekitaran yang bakal berlaku ketika menunggang di jalan raya.

Bahaya ada di mana-mana. Aku baru 26 tahun, masih muda, dan aku terkejut tengok diri sendiri boleh begitu tenang dan sabar ketika pegang hendal motor!"

Marc dapat lesen memandu ketika berusia 18 tahun. Siap ambil ujian teori dan praktikal.

Berikut pesanan akhir dan penuh makna dititipkan Marquez;

Hati-hati, belajar menunggang bukan boleh settle semalam je. Kita perlu lalui banyak mileage dan pengalaman. Jadi power bukan perkara utama masa merempit. Tetapi apabila kau dapat banyak pengalaman, itu akan jadi berbeza, aku sendiri tak bermula terus dengan MotoGP.

"Aku mula dengan motor kecil, dan bukan YSuku, dan terus naik peringkat demi peringkat. Korang tak semestinya perlukan motor besar. Apa kita perlukan adalah jadi seorang yang kental dalam menguasai motor."


Dengar gais, tidak perlu tarik muka pun kalau abah tidak belikan YSuku. Kononnya musnahlah segala impian kita hendak bikin pasang ekzos Racing Boy dan buat dyno test letup-letup. Walaupun cuma dapat Honda EX5 buka kotak angin, menungganglah dengan gembira dan buktikan anda seorang yang layak menguasai motor.

Kemudian rajin-rajinlah menabung dan cari duit sendiri. Kejarlah YSuku itu demi cita-citamu!!! Dengarlah nasihat juara dunia MotoGP lapan kali gais!

BACA >>> Juara MotoGP 2019 Sah Milik Marquez!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 MotoGP, Cerita Marc Marquez, Marc Marquez, MotoGP, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev