• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Promosi Akhir Tahun Peugeot 3008, 5008 SUV Plus, Bulanan Serendah RM1.3k Sahaja!

Promosi Akhir Tahun Peugeot 3008, 5008 SUV Plus, Bulanan Serendah RM1.3k Sahaja!

November 12, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JUALAN hujung tahun Peugeot kini kembali! Kepada mereka yang inginkan kenderaan utiliti sukan (SUV) selesa dan mewah, Nasim Sdn Bhd menawarkan penjimatan hingga RM10,000 buat pelanggan yang menempah Peugeot 3008 atau 5008 SUV Plus.

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2019, pelanggan yang melakukan tukar beli (trade-in) mana-mana kenderaan akan menerima rebat tambahan hingga RM10,000 daripada nilai pasaran untuk pembelian 3008 dan 5008.

Malah, pembeli 3008 atau 5008 SUV Plus ditawarkan tiga tahun servis percuma, termasuk alat ganti dan kos upah serta berpeluang menikmati kadar bayaran bulanan serendah RM1,300 daripada Affin Bank.

BACA >>> Nasim Lancar Peugeot 3008 Plus dan 5008 Plus, Harga Bermula RM151k

Aspek prestasi, 3008 dan 5008 Plus masing-masing dijana enjin 4-silinder 1.6L pengecas turbo berkuasa 165hp @ 6,000rpm dan tork 240Nm @ 1,400rpm serta dipacukan transmisi automatik Quickshift 6-kelajuan dengan pedal syif.

Juga disertakan ciri Kawalan Grip Termaju (AGC) dengan lima mod pacuan: Normal, ESP off, Snow, Mud dan Sand. Prestasi SUV ini mampu memecut 0-100kmj sepantas 8.9 saat dengan kelajuan maksimum 205kmj, manakala purata penggunaan bahan api ialah 7 liter per 100km.

Harga pula, kedua-dua model pemasangan tempatan (CKD) ini dijual bermula RM150,888 hingga RM179,888. Malah, Nasim turut menawarkan pakej waranti 5 tahun atau 120,000km, bantuan jalanan 24-jam Peugeot Assistance  dan akses percuma  SkyLounge di Subang Skypark.

BACA >>> Mahindra Mahu Miliki 100 Peratus Saham Peugeot Motocycles

Tunggu apa lagi?

Related

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: harga kereta peugeot, Harga Peugeot 3008, jualan akhir tahun peugeot, Peugeot, Peugeot 3008, Peugeot 5008 SUV Plus, promosi peugeot 3008, promosi peugeot 5008 SUV Plus

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev