• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / CIMB, PLUS Akan Tambah Pilihan Bayaran Tol Lebih Mudah Menerusi TnG RFID

CIMB, PLUS Akan Tambah Pilihan Bayaran Tol Lebih Mudah Menerusi TnG RFID

November 11, 2019 By Han Othman Leave a Comment

441
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) dan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini memeterai perjanjian untuk menyediakan opsyen bayaran kepada pengguna lebuh raya PLUS seluruh negara yang akan diseliakan Touch 'n Go menerusi tag TnG RFID.

Inisiatif baharu ini menjanjikan pengalaman perjalanan lancar dengan menawarkan lebih banyak pilihan pembayaran tol berkonsepkan Pembayaran Terbuka yang membolehkan pengguna menghubungkan tag TnG RFID dengan akaun bank, kad kredit, kad debit atau e-dompet TnG.

BACA >>> #MansuhkanTouchNGo: PLUS Tamatkan Lorong Tambah Nilai, TnG Pula Kena Kecam!

CIMB dan TnG berhasrat memperkenalkan kemudahan Pembayaran Terbuka di semua konsesi lebuh raya seluruh negara pada masa akan datang. Justeru dari semasa ke semasa, mod pemanduan RFID dijangka menggantikan kad TnG yang sekian lama menjadi satu-satunya mod pembayaran transaksi tol selama ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB, Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz berkata, CIMB dan subsidiari TnG komited untuk berkolaborasi dengan PLUS, dan konsesi lebuh raya lain dalam menjadikan mod Pembayaran Terbuka sebagai satu realiti yang dapat diakses semua rakyat Malaysia.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail pula berkata, pilihan bayaran kepada pelanggan adalah aspek penting dalam meningkatkan pengalaman perjalanan.

"Kami gembira kerana pilihan Pembayaran Terbuka akan tersedia kepada pengguna lebuh raya bertol, seiring keperluan pelanggan kami yang ternanti-ternanti lebih banyak kemudahan," katanya.

SEMUA TOL DILENGKAPI RFID APRIL 2020

cimb-group-logo
plus-logo
logo-touch-n-go-tng

Sebagai permulaan, TnG RFID akan tersedia di 10 Plaza Tol Sistem Terbuka di lebuh raya PLUS bermula Januari 2020, manakala kemudahan sama di semua 83 Plaza Tol Sistem Tertutup pula bermula 1 April 2020

Plaza Tol Sistem Terbuka adalah sistem bayaran tol kadar tetap berasaskan kelas kenderaan, manakala Plaza Tol Sistem Tertutup pula adalah sistem kadar tol yang ditentukan mengikut kelas kenderaan dan jarak perjalanan ketika keluar lebuh raya tersebut.

Transaksi RFID adalah secara masa nyata dan pengguna akan segera menerima notifikasi baki kredit.

Ujian perkhidmatan TnG RFID kini sudah pun dilaksanakan di beberapa lebuh raya tertentu sejak awal tahun ini. Buat masa ini ada 700,000 tag RFID dipasangkan pada kenderaan seluruh Semenanjung Malaysia yang dipautkan kepada e-dompet pengguna.

Inisiatif TnG RFID adalah langkah pertama dalam mengurangkan kesesakan di lebuh raya Malaysia. Skim ini turut diselaraskan dan dirancangkan bersama Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), serta tidak akan menjejaskan perkhidmatan kad sedia ada, termasuk SmartTAG atau PayDirect.

Related

441
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, CIMB, Datuk Azman Ismail, Pembayaran Terbuka, PLUS, Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz, TnG, TnG RFID, Touch N Go

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
    SUV Premium Elektrik Zeekr 7X 2025 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM179,800
  • MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
    MotorManiac 2025 Kembali 6 September Ini, Sasar 30,000 Pengunjung di Rooftop MyTown KL
  • JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?
    JAECOO J5 Bakal Lancar Tidak Lama Lagi! Harga Bawah RM120k?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev