• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / ISU BEG UDARA TAKATA: Pemilik Honda Terlibat, Sila Tukar Segera. Sayangi Nyawa Anda !!!

ISU BEG UDARA TAKATA: Pemilik Honda Terlibat, Sila Tukar Segera. Sayangi Nyawa Anda !!!

May 5, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Isu Beg Udara TakataHONDA Malaysia menggesa pemilik kenderaan yang terlibat dalam proses panggilan semula bagi penukaran beg udara Takata dapat berbuat demikian secepat mungkin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Honda menyeru mereka yang terlibat hadir ke pusat servis bertauliah Honda bagi tujuan pemeriksaan dan penukaran.

Sebelum ini, dua kemalangan melibatkan pemilik kenderaan City meninggal dunia akibat kegagalan beg udara. Biarpun begitu, punca kematian masih tidak dinyatakan secara rasmi.

Kemalangan pertama berlaku di Sabah pada 16 April lalu dan pihak polis mengesahkan beg udara kereta berkenaan pecah. Untuk rekod, kenderaan terlibat kemalangan itu adalah terlibat dengan proses panggilan semula penukaran SDI inflator beg udara yang diumumkan Honda Malaysia pada 21 Mei 2015.

Manakala kemalangan kedua pada 1 Mei lalu di Kedah turut disahkan beg udara pecah.

Beg udara Takata HondaAyuh, sekiranya anda pemilik kenderaan terlibat, sila ke pusat servis Honda berdekatan bagi proses penukaran. Tiada caj akan dikenakan. Pelanggan juga boleh memeriksa status kenderaan masing-masing dengan menghubungi talian tol percuma  1-800-88-2020 atau kunjungi mana-mana pengedar sah Honda.

Ingat, sayangi nyawa anda dan ingatlah orang tersayang.

BACA: ISU BEG UDARA: Honda Panggil Semula 143,970 Unit Pelbagai Model

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: beg udara, Beg udara takata Honda, Honda City, Honda Malaysia, Isu Beg Udara Takata, Recall, Takata

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev