• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / LEGO Batman 1989 Batmobile Edisi Terhad Sempena Rai 30 Tahun Filem Batman

LEGO Batman 1989 Batmobile Edisi Terhad Sempena Rai 30 Tahun Filem Batman

November 8, 2019 By Han Othman Leave a Comment

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FILEM Batman arahan Tim Burton sudah menjengah pawagam sejak 30 tahun lalu dan LEGO meraikan detik bersejarah itu dengan melancarkan replika Batmobile.

Dilancarkan sempena perayaan Black Friday, 27 November ini, mainan Batmobile ini memiliki saiz 60sm panjang dengan mengekalkan rekabentuk asal kereta adiwira itu seperti gril unik, skup sisi dan fender depan besar. Juga kokpit gelungsur, dalaman terperinci dan ekor fender seperti sayap kelawar.

BACA >>> Untunglah, Batman Ada Batmobile Baharu dalam Justice League

Tidak cukup itu, LEGO turut membekalkan kereta ini dengan beberapa perincian seperti dalam filem, seperti mesingan tersorok yang boleh dikeluarkan di sebalik bonet. 😱

Set Batmobile ini turut didatangkan dengan tiga figura mainan, iaitu Batman, Joker dan Vicki Vale yang direka baharu untuk edisi tahun ini, juga diilhamkan daripada filem ikonik tersebut.

Sebagai model hiasan, mainan bongkah plastik ini diberikan pemegang boleh pusing dan plak maklumat yang memaparkan saiz Batmobile edisi filem dan kemampuan memecut 0-100kmj sepantas 3.7 saat. Set pemegang dan aksesori turut disertakan untuk figura mainan.

LEGO Batman 1989 Batmobile ini dijual pada harga AS$249.99 (RM1,030) dalam unit terhad. Pelanggan yang membeli antara 29 November dan 5 Disember akan menerima satu replika mini, terdiri daripada 366 bongkah dan kurang perincian berbanding model saiz penuh. Tetapi masih diberikan fungsi menarik seperti mesingan yang mampu menembak kepingan plastik kecil.

BACA >>> Chevrolet Bikin LEGO Batmobile Saiz Sebenar, Siap Spesifikasi Penuh

GALERI

SUMBER: CarScoops

Related

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Batmobile, LEGO, LEGO Batman 1989 Batmobile, LEGO Batman 1989 Batmobile Edisi Terhad, LEGO Batman 1989 Batmobile Limited Edition, Mainan, Tim Burton

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my