• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KTM Komuter Ubah Jadual Baharu 16 November Ini untuk Kerja Naik Taraf

KTM Komuter Ubah Jadual Baharu 16 November Ini untuk Kerja Naik Taraf

November 8, 2019 By Han Othman Leave a Comment

244
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERETAPI Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan jadual baharu bagi semua perkhidmatan KTM Komuter berkuat kuasa 16 November ini berikutan kerja-kerja menaik taraf Landasan Berkembar Klang (KVDT) fasa 1 dan 2.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan penjadualan tersebut melibatkan 20 perkhidmatan komuter laluan Batu Caves-Pulau Sebang dan 14 perkhidmatan komuter laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang-Tanjung Malim.

BACA >>> Kata Penumpang Ini, Pemandu Teksi KTM Sungai Buloh Terbaik Dunia!

Kedua-dua fasa itu adalah bagi menaik taraf landasan yang berusia lebih 25 tahun, selain menyelenggara dan menambah baik sistem elektrik, komunikasi, dan stesen-stesen terbabit.

"Kerja-kerja pemulihan landasan yang menghubungkan sektor Lembah Klang itu dilakukan untuk mengurangkan kelewatan dan mengelak pembatalan perkhidmatan akibat kerosakan landasan"

Menurut KTMB, penaiktarafan kedua-dua fasa KVDT bertujuan meningkatkan mutu dan keselamatan perkhidmatan kereta api termasuk perkhidmatan KTM Komuter, perkhidmatan tren elektrik (ETS), Skypark Link dan KTM Kargo.

Berikut sektor terlibat dalam fasa naik taraf KVDT:

  • KVDT1 - Rawang-Salak Selatan dan Simpang Batu-Sentul - dijangka siap Julai 2020.
  • KDVT2 - Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral)-Pelabuhan Klang dan Salak Selatan-Seremban - dijangka siap September 2026.

Berikutan penjadualan baharu itu, pengguna tren komuter laluan Batu Caves-Pulau Sebang selepas ini akan bermula dan tamat di Stesen Kajang.

Bagi laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang-Tanjung Malim pula, perkhidmatan komuter akan beroperasi menggunakan satu landasan antara Rawang dan Kepong yang akan bermula dan tamat di Stesen Sungai Buloh.

BACA >>> PM: Pihak Swasta Dijemput Jadi Pengendali Rel di Malaysia, KTMB Tidak Terjejas

SUMBER: Bernama

Related

244
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jadual KTM Komuter, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Komuter, KTM Komuter, KTMB, KVDT, Landasan Berkembar Klang (KVDT)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my