• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MansuhkanTouchNGo: PLUS Tamatkan Lorong Tambah Nilai, TnG Pula Kena Kecam!

#MansuhkanTouchNGo: PLUS Tamatkan Lorong Tambah Nilai, TnG Pula Kena Kecam!

November 6, 2019 By Han Othman Leave a Comment

232
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) semalam mula menghentikan perkhidmatan tambah nilai di semua lorong keluar plaza tol lebuh raya itu dalam usaha melancarkan trafik dan mengurangkan kesesakan lalu lintas disebabkan aktiviti isian semula kad prabayar Touch 'n Go (TnG).

Ini termasuk menjamin keselamatan petugas PLUS berikutan berlaku beberapa insiden kemalangan akibat kenderaan merempuh pondok tol.

Terbaharu, TnG menjadi sasaran kritikan warga maya, terutama di Twitter sebagai respon kepada  tindakan PLUS menamatkan lorong tambah nilai tersebut. Sebagai makluman, PLUS dan TnG adalah dua entiti berbeza.

Kini tanda pagar #MansuhTouchNGo mula ditularkan warga maya di Twitter yang mengecam TnG kerana mengenakan caj tambahan 50 sen di premis tambah nilai bukan di bawah TnG. Namun menurut TnG, caj itu tidak diambil TnG, sebaliknya dikenakan penyedia perkhidmatan.

BACA >>> Tiada Lagi Tambah Nilai di Lorong Keluar PLUS, Esok!

KOMEN KAMI

logo-touch-n-go-tng
topup-kad-tng

Ini bukan isu baharu. TnG sebelum ini pun dikritik teruk kerana mengenakan caj 10 peratus untuk bayaran parkir guna kad. Ironinya, bayaran parkir secara tunai tidak pula dikenakan apa-apa caj tambahan. Bukankah kita bayar parkir menggunakan kad untuk melancarkan urusan pembayaran parkir kenderaan?

Memanglah TnG cakap caj itu dikenakan penyedia perkhidmatan seperti stesen minyak atau syarikat parkir, tetapi bukankah itu menunjukkan TnG tidak menawarkan apa-apa komisen kepada penyedia perkhidmatan tambah nilai?

Ingat lagi isu caj dikenakan syarikat telekomunikasi jika pengguna membuat isian semual kad prabayar di ejen atau poenyedia perkhidmatan luar. Contohnya, pengguna buat isian semula RM10, tetapi ditolak beberapa sen sebagai caj. Bukankah situasinya sama saja seperti TnG?

TnG yang sepatutnya memberikan komisen kepada penyedia perkhidmatan isian semula, dan bukan biarkan mereka mengenakan caj ke atas pengguna. Takkan ini nak kena ajar?

BACA >>> #SembangDeras: Kaitan Smart Tag Cikai dan Proton. Kenapa Produk Kita, Maruah Kita?

Related

232
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: #MansuhkanTouchNGo, Auto Terkini, Lebuh Raya, Lorong Tambah Nilai Mansuh, PLUS, PLUS Malaysia Berhad, TnG, Touch N Go

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev