ENJIN FLAT/BOXER
Enjin Flat atau juga dikenali sebagai Boxer memiliki silinder yang disusun mendatar dengan piston bergerak kiri dan kanan berbanding atas dan bawah. Boxer ialah jenis khas enjin Flat yang memisahkan silinder kepada dua miring (banks) sama rata di sekitar aci engkol tengah. Enjin Flat dibina seringkas dua silinder hingga 16 silinder.
Enjin Boxer menawarkan tahap keseimbangan terbaik dengan mengurangkan keperluan menggunakan pengimbang yang mahal dan rumit. Aturan mendatar memberikan enjin jenis ini kedudukan pusat graviti (CoG) rendah, termasuk meningkatkan kuasa transmisi dan pengendalian. Hantaran kuasa lebih lancar dan enjin lebih mudah sejuk kerana rekabentuk terpisah. Selama beberapa tahun enjin flat tampil dengan sistem penyejukan udara yang ringkas.
Bagaimanapun, enjin jenis ini cenderung lebih besar, dan rekabentuk melebar membuatkan tugasan menyenggara agak sukar, di mana kepala silinder menghala kepada dinding ruang enjin. Ini menjadikan kerja seperti menukar palam pencucuh agak menyusahkan. Kos pengeluaran juga lebih mahal berbanding enjin Sebaris (Inline) dan V-type, manakala struktur enjin tidak dapat dimuatkan dalam tipikal ruang enjin kereta biasa.
BACA >>> Kenali Jenis Enjin [SIRI 2]: Enjin V-Type – Jana Lebih Kuasa Buas untuk Kereta
BACA >>> Kenali Jenis Enjin [SIRI 1]: Enjin Sebaris – Paling Cekap dan Mudah Senggara
CONTOH ENJIN: HORIZONTALLY-OPPOSED/BOXER (SUBARU)
Subaru menggunakan enjin Boxer atau lawan mengufuk (horizontally-opposed) pada kenderaan mereka sejak lebih 45 tahun lalu. Hasilnya, setiap silinder dapat diimbangkan sempurna dengan menghasilkan prestasu enjin yang lancar dan berkuasa apabila dipadukan dengan transmisi pasuan semua roda (AWD).
Pusat graviti rendah pula membantu memberikan pengalaman pemanduan unik yang tiada pada kenderaan lain. Sehingga kini, enjin boxer sememangnya sudah sinonim dengan Subaru. Antara kenderaan yang menggunakan jenis enjin Flat ialah Subaru Impreza, Volkswagen Bettle dan Porsche 911.
Leave a Reply