• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / 10 Fakta Pantas: Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Baharu, 215hp, 113Nm!

10 Fakta Pantas: Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Baharu, 215hp, 113Nm!

November 5, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

11.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA baru saja memperkenalkan superbike ikonik jenama itu, CBR1000RR-R Fireblade SP edisi 2020 dengan menerima beberapa pembaharuan signifikan berbanding model naik taraf 2017.

Diperkenalkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 di Milan, Itali dan ibu pejabat American Honda di Torrance, California, Amerika Syarikat (AS), model perdana Honda ini dipacukan enjin baharu jenis 4-silinder sebaris 999cc berkuasa 215hp dan tork 113Nm!

Berikut 10 fakta pantas yang perlu anda tahu mengenai CBR1000RR-R Fireblade SP baharu:

1. Buat kali pertama, pasaran AS akan menggunakan nama popular Fireblade. AS sebenarnya ketinggalan berbanding negara lain. Kini, peminat di negara Uncle Sam itu boleh berbangga memanggil CBR1000RR-R sebagai Fireblade! Bagaimanapun, pasaran AS cuma akan menerima model ini pada 2021, sebaliknya negara lain seawal tahun depan.

2. CBR1000RR-R Fireblade SP menerima rekabentuk aerodinamik yang diilhamkan daripada sukan perlumbaan MotoGP. Fairing kini dipasangkan winglet seperti jentera MotoGP Honda, RC213V untuk meningkatkan faktor aerodinamik selain menghasilkan daya junam (downforce) ketika menunggang pada kelajuan tinggi.

3. Enjin CBR1000RR-R mempunyai gerek dan lejang sama seperti jentera RC213V-S. Ini bermaksud ada piston sebesar 81mm ditolak naik rod dengan lejang 48.5mm.

4. Enjin 4-silinder sebaris dikatakan mampu menjana kuasa setinggi 215hp! Sebagai perbandingan, model 2017 cuma 189hp. Honda mendakwa berjaya menganjakkan angka kuasa melepasi paras 200hp selepas menuntut ilmu dalam MotoGP.

Ini dicapai dengan mengoptimumkan kecekapan pembakaran dan menggunakan komponen kurang geseran seperti konrod dan piston aluminium. Lobus sesondol mendapat rawatan DLC untuk mengurangkan pekali seretan (drag coefficient) sebanyak 35 peratus.

5. Honda memilih mengekalkan konfigurasi enjin 4-silinder sebaris berbanding V4 pada RC213V-S. Sebabnya, mungkin Marc Marquez saja yang sesuai dengan V4. Selain dia, cukuplah dengan 4-silinder sebaris.

6. CBR1000RR-R Fireblade SP boleh menarik nafas sama besar seperti RC213V-S, melibatkan sistem masukan ram-udara seperti jentera MotoGP itu. Namun, ada beberapa inovasi dilakukan bagi memastikan aliran udara tidak menjejaskan pengendalian jentera.

Pertama, penapis udara kini 25 peratus lebih besar (permukaan) untuk membantu menyuapkan lebih banyak udara. Malah, Honda menanggalkan unit kunci penghidup supaya ada ruang yang boleh digunakan untuk memaksimumkan aliran udara. Jadi model baharu ini sudah keyless.

7. CBR1000RR-R Fireblade SP menggunakan terotel badan 52mm berbanding ukuran 48mm pada RR (Fireblade versi biasa).

8. Sistem ekzos dibangunkan bersama Akrapovic. Peredam bunyi nampak macam biasa, tetapi agak sofistikated. Ada injap ekzos yang mengawal kuasa sepanjang julat rev dan penghenti injap untuk mengurangkan bunyi.

9. Posisi pelana CBR1000RR-R lebih agresif berbanding CBR1000RR standard.  Model ini dibina untuk aksi trek dengan bar hendal sedikit ke depan, manakala peg kaki dianjak ke belakang dan ditinggikan.

10.CBR1000RR-R Fireblade SP memiliki berat 200kg yang dikira bersama tangki isian penuh petrol 16 liter.

GALERI
honda-cbr1000rr-r-sp-5
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
honda-cbr1000rr-r-sp-1
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
honda-cbr1000rr-r-sp-4
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
2020 HONDA CBR1000RR-R SP
honda-cbr1000rr-r-sp-7

SUMBER: UltimateMotorcycling 

Related

11.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: American Honda, Auto Terkini, EICMA, EICMA 2019, Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Honda CBR1000RR-R Fireblade SP (2020), Honda CBR1000RR-R SP (2020), HondaCBR1000RR-R SP, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, roda2, superbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev