• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Kenali Jenis Enjin [SIRI 2]: Enjin V-Type - Jana Lebih Kuasa Buas untuk Kereta

Kenali Jenis Enjin [SIRI 2]: Enjin V-Type - Jana Lebih Kuasa Buas untuk Kereta

May 4, 2016 By Azhan O 1 Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ENJIN V-TYPE

Enjin V-Type memisahkan silinder kepada dua miring (2 banks) sama rata sekitar aci engkol, di mana sudut antara dua miring silinder berbentuk V-shape yang merujuk kepada nama jenis enjin itu sendiri. Enjin V-type boleh didapati dalam pelbagai saiz, daripada seringkas enjin 2 silinder hingga enjin gargantuan (bersaiz besar) 24-silinder.

Asasnya, enjin V-Type lebih kompak dan ringan jika dibandingkan dengan enjin Sebaris @ Inline, terutama apabila membabitkan banyak silinder dalam enjin.

BACA >>> Kenali Jenis Enjin [SIRI 1]: Enjin Sebaris – Paling Cekap dan Mudah Senggara

Apabila enjin diimbangkan dengan baik, penjimatan berat dapat dialihkan kepada proses peningkatan aspek kecekapan enjin. Faktor kompak enjin V-Type juga membolehkan ia dimuatkan untuk pelbagai jenis kenderaan yang menghadapi masalah ruang terhad, misalnya motosikal.

Dari segi lain, penghasilan enjin V-Type agak sukar dan rumit disenggara. Jika silinder tidak dijajarkan dengan betul, enjin boleh mengalami masalah hilang keseimbangan yang teruk dan menyebabkan tekanan mekanikal dan getaran.

CONTOH ENJIN: V8

Selama beberapa dekad, enjin V8 begitu sinonim dengan kuasa, kelajuan dan kereta gaya Amerika. Buktinya, kebanyakan kereta otot (muscle car) buatan Amerika menggunakan enjin V8 sebagai nadi utama.

Secara natural, 8 silinder pada enjin V8 ialah imbangan yang baik, di mana struktur enjin kurang rumit, manakala kuasa dihasilkan sangat lancar dan buas. Bagaimanapun, tahap penggunaan bahan api kurang menjimatkan berbanding jenis enjin Inline.

Antara kenderaan terkenal yang menggunakan enjin V8 ialah Ford Mustang GT, Chevrolet Camaro Z/28 dan Dodge Ram.

Ford Mustang GT
Ford Mustang GT
Chevrolet Camaro Z/28
Chevrolet Camaro Z/28
Dodge Ram
Dodge Ram

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, enjin, enjin v-type, enjin v8, kenali jenis enjin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev