• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GR Supra GT4 Dibuka untuk Tempahan, Khas Litar Lumba Sahaja!

Toyota GR Supra GT4 Dibuka untuk Tempahan, Khas Litar Lumba Sahaja!

October 31, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

14
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA sebelum ini kami paparkan pembangunan Toyota GR Supra GT4, dan kini model itu sudah pun sedia untuk ditempah. Model spesifikasi perlumbaan GT4 itu dibangunkan dan dikeluarkan Toyota Motorsport GmbH (TMG).

GR Supra GT4 dipacu enjin 3,000cc pengecas turbo tunggal Twin-Scroll dengan talaan kuasa 430hp dan tork 650Nm, manakala unit kawalan elektronik (ECU) diseliakan Magneti Marelli.

BACA >>> Toyota GR Supra GTS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM580k Sahaja!

Toyota GR Supra GT4.07
Toyota GR Supra GT4.08

Enjin GR Supra GT4 ini dipadankan transmisi automatik 7-kelajuan dengan pedal syif dan diferensial gelincir terhad (LSD) jenis mekanikal pada roda belakang, manakala aci pacu (drive shaft) menggunakan komponen GKN Motorsport.

Sistem ekzos menggunakan khidmat Akrapovic, dan isian minyak enjin pertama daripada Ravenol. Spliter depan dan sayap belakang diperbuat daripada komposit gentian semula jadi dengan berat cuma 1,350kg.

BACA >>> Pesaing Toyota Supra, BMW Z4 Ditayangkan di Malaysia - Harga RM460k

Sistem brek GR Supra GT4 ditambah baik dengan set kaliper brek spesifikasi lumba 6-piston di depan dan 4-piston di belakang. Tayar pula Pirelli 305/660-18 (depan) dan 305/660-18 (belakang) dengan padanan rim OZ 11 x 8 inci. Sistem suspensi menggunakan unit absorber KW di depan dan belakang.

Keselamatan pemandu dilengkapi dengan kerangka keselamatan kekuatan tinggi dengan kerusi sport OMP dan tali pinggang keledar 6-poin. Bahagian dalaman dilengkapi panel instrumen gentian karbon dengan paparan dan stereng direka khas untuk perlumbaan GT4.

Toyota merancang menjual GR Supra GT4 pada harga €175,000 (RM816,980), tidak termasuk cukai, fi kastam, kos logistik dan sebagainya. Sebagai perbandingan, GR Supra GTS versi jalanan dijual pada harga RM568,000 (tanpa insurans) untuk pasaran Malaysia.

BACA >>> Toyota Yaris (2020) Serba Baharu Didedahkan, Kini dengan Rekabentuk Lebih Seksi

GALERI
Toyota GR Supra GT4.06
Toyota GR Supra GT4.11
Toyota GR Supra GT4.01
Toyota GR Supra GT4.02
Toyota GR Supra GT4.03
Toyota GR Supra GT4.04
Toyota GR Supra GT4.05
Toyota GR Supra GT4.07
Toyota GR Supra GT4.08
Toyota GR Supra GT4.09
Toyota GR Supra GT4.10

Related

14
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GT4, Roda4, Toyota, Toyota GR Supra GT4, Toyota Motorsport GmbH, Toyota Supra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev