• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Kerajaan Tiada Hasrat Hapuskan Kapcai untuk Kurangkan Kemalangan

Menteri: Kerajaan Tiada Hasrat Hapuskan Kapcai untuk Kurangkan Kemalangan

October 30, 2019 By Aryon Leave a Comment

521
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Kerajaan tidak bercadang menggantikan kapcai dengan kenderaan lebih selamat sebagai langkah mengurangkan kes kemalangan maut yang banyak melibatkan penunggang motosikal.

Namun, Kerajaan menggalakkan usaha ke arah penggunaan motosikal elektrik berkelajuan rendah, katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya) di Parlimen.

Menurut Loke, Kerajaan belum ada dasar untuk menghalang penggunaan kapcai kerana negara kini memiliki hampir 16 juta motosikal berdaftar dalam segmen tersebut.

BACA >>> Motosikal Kapcai Mungkin Diharam Masuk Pusat Bandar Kuala Lumpur - Menteri

MOTOSIKAL KEKAL NAHAS KEMALANGAN TERTINGGI

kapcai-1
kapcai-2

Pada masa sama beliau turut mendedahkan Laporan Perangkaan kemalangan Jalan Raya PDRM yang menunjukkan golongan belia berumur 16 hingga 30 tahun adalah paling ramai terkorban dalam nahas jalan raya.

"Pada 2016, bilangan belia terkorban mencecah 2,818 orang dan bilangan ini menurun kepada 2,693 orang pada 2017. Pada 2018, bilangan belia terkorban sebanyak 2,449 orang," katanya.

Menurutnya lagi, daripada 2,693 kematian akibat nahas jalan raya melibatkan golongan belia pada 2017, sebanyak 72 peratus daripadanya maut ketika menunggang atau membonceng motosikal.

Justeru bagi menangani masalah itu, Loke berkata, MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya) menjalankan program dan aktiviti bagi meningkatkan tahap keselamatan jalan raya pengguna motosikal, seperti program intervensi Program My Safe Road, Commuting Support Safety Programme (CSSP) dan Motorcycle Safety and Technology Symposium.

BACA >>> #RetroAuto: Raja Kapcai Dua Dekad - Yamaha 125 yang Revolusioner!

KOMEN KAMI

Baguslah kalau itu yang dikatakan. Memang tak munasabahlah kapcai nak diharamkan. Lagipun 16 juta kapcai berdaftar tu bukan jumlah yang sikit, sama dengan penduduk sebuah negara.

Kalau betul pun nak ke arah pengangkutan mesra alam dan selamat, mulakanlah dengan kapcai elektrik. Wajibkan dulu sektor perniagaan dan perkhidmatan seperti Pos Malaysia, Grab Food dan seumpamanya jadi perintis. Apabila rakyat tengok ok je abang posmen layan kapcai EV tu, tak mustahil memasing akan beli. Ye la, posmen hantar surat hari-hari kot. Jadi memang terbuktilah tahan lasak dan jimat. Lagi-lagi tahun depan petrol dah ikut harga global.

Lepas tu wajibkan pula pengeluar motosikal hasilkan varian elektrik bagi setiap model petrol. Kalau ada YSuku petrol, ada juga YSuku EV. Kalau macam ni memang tak mustahil jumlah pengguna kapcai elektrik bertambah sikit demi sikit.

Akhir sekali, dah kenapa nama program MIROS tu kena dalam Bahasa Inggeris? Buat kat London ke apa? Sekadar cari pasal... 🤨💆🏻‍♂️😅

SUMBER: Bernama

Related

521
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Kapcai, Kementerian Pengangkutan, Menteri Pengangkutan, motosikal, motosikal kapcai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev