• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Beli Mesin Tera Tekan RM7j untuk Vendor Tanjung Malim

Perodua Beli Mesin Tera Tekan RM7j untuk Vendor Tanjung Malim

October 29, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERODUA memperkenalkan mesin tera tekan (press stamping) baharu di kilang vendor, IQM Sdn Bhd, Tanjung Malim, Perak.

Mesin itu, yang menelan pelaburan berjumlah RM7 juta, termasuk kos pemasangan dan pengangkutan, akan digunakan untuk pembuatan komponen dan  alat ganti model lama dan baharu.

Langkah tersebut adalah salah satu inisiatif Perodua dan pembekal dalam usaha mengembangkan perniagaan sebagai pembekal automotif bertaraf dunia. Mesin tera hidraulik seberat 1,600 tan metrik itu akan menghasilkan komponen badan kenderaan seperti penutup enjin, panel luar sisi, panel suku belakang, fender, pintu dan bumbung untuk model Perodua.

BACA >>> Kos Servis Bezza Lagi Mahal Berbanding Proton Persona (2019), Ini Jawapan Perodua!

IQM Sdn Bhd ialah pembekal alat ganti untuk lapan model Perodua, antaranya Myvi generasi pertama, Viva, Kelisa dan Kancil. Perodua turut memindahkan semua acuan tera (stamping dies) yang diperlukan untuk menghasilkan alat ganti model terdahulu ke lQM.

Selain menyediakan ruang lebih luas di kilang Perodua, pemindah itu juga mampu menjimatkan kos dan masa, termasuk memudahkan pemantauan dan pengurusan di bawah satu bumbung. Perodua juga berkongsi kemahiran dan pengetahuan dengan IQM mengenai pengeluaran alat ganti model-model lama.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, ini kali pertama Perodua membuat pelaburan dalam mesin tera tekan untuk vendor.

"Kami komited membangunkan semua 135 pembekal Perodua di Malaysia, bukan saja melalui perniagaan tetapi menerusi perkongsian kemahiran dan teknologi.

"Dengan kandungan tempatan melebihi 90 peratus untuk seluruh barisan produk, Perodua ialah pembeli komponen automotif terbesar Malaysia dengan perbelanjaan RM4.5 bilion setakat tahun ini daripada RM5.4 bilion yang diperuntukkan sepanjang 2019," katanya.

Sementara itu, Perodua tahun depan akan memperuntukkan sekitar RM6 bilion untuk membeli alat ganti dengan penambahan jumlah dan kandungan tempatan. Sejak 1994, Perodua sudah menjual lebih 3.7 juta kenderaan di Malaysia, dan kini lebih kurang satu pertiga daripada keseluruhan permintaan untuk alat ganti jenama itu adalah untuk model-model lama.

VENDOR SEJAK 2002

IQM Sdn Bhd ialah vendor Perodua sejak 2002 yang membekalkan komponen tera logam (metal stamping), pemasangan badan dan tiub brek kepada pengeluar nasional itu. IQM mula menghasilkan alat ganti Viva apabila pengeluaran model itu ditamatkan pada 2014, manakala tahun lalu mula menghasilkan alat ganti Myvi generasi kedua di barisan pengeluaran khas baharu.

BACA >>> Perodua Sedia Kongsi Teknologi, Vendor dan Fasiliti untuk Kereta Nasional Ketiga
BACA >>> Proton Jalin MoU dengan Kumpulan Pertama Vendor Luar Negara dan Tempatan

GALERI

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Zainal Abidin Ahmad, IQM Sdn Bhd, Labur, Perodua, vendor, Vendor Perodua

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my