SEJAK penciptaan enjin pembakaran dalaman, terdapat beratus-ratus rekabentuk enjin sudah dicipta. Namun, kebanyakan enjin yang dibangunkan itu akhirnya bertumpu kepada empat kategori berbeza: Sebaris, V-Type, Boxer dan W-Type.
Siri pertama ini kita akan belajar mengenai karakter enjin Sebaris @ Inline yang paling banyak dan popular digunakan oleh pengeluar automobil seluruh dunia.
ENJIN SEBARIS @ INLINE
Enjin Inline, kadangkala dipanggil Enjin Lurus/Baris (straight engine), ialah jenis enjin paling banyak digunakan. Sejak 2000, hampir separuh daripada semua kenderaan baharu yang dijual memuatkan jenis enjin inline. Karakter enjin ini ialah silinder yang disusun dalam satu baris lurus di atas aci engkol. Kebanyakan enjin inline memiliki 4 silinder, dan sesetengah enjin mempunyai 6 atau 8 silinder.
Konfigurasi silinder lurus mengurangkan keperluan imbangan komponen, termasuk meminimumkan kerumitan mekanikal enjin. Walaupun mengalami masalah getaran tidak diingini pada kelajuan enjin tipikal, lejang panjang pada silinder memberikan lebih kuasa tork. Profil ringkas enjin sebaris juga membuatkan ia murah dan mudah disenggara.
Bagaimanapun, kekangan mekanikal untuk menempatkan semua silinder dalam satu baris membuatkan kapasiti enjin meningkat seiring dengan pertambahan silinder. Kereta enjin inline cenderung tinggi dan panjang berbanding enjin lain yang berkuasa sama. Malah, enjin inline memerlukan blok enjin yang berat dan kukuh untuk menyokong daya silinder. Pada kelajuan enjin tinggi, rekabentuk ini boleh jadi tidak seimbang dan menghasilkan getaran tidak diingini.
CONTOH ENJIN 1: EMPAT-BARIS (STRAIGHT-FOUR)
Empat-baris ialah enjin paling popular di dunia berdasarkan margin besar. Enjin ini memuatkan 4 silinder dalam satu baris yang menawarkan profil ringkas, mudah akses dan lebih cekap. Jumlah piston yang sedikit mengurangkan jumlah komponen mekanikal diperlukan, sekali gus mengatasi masalah kehilangan kuasa.
Malah, teknologi pengecas turbo (turbocharger) dan pengecas lampau (supercharger) mampu menukarkan enjin jenis ini menjadi lebih berkuasa. Ada sesetengah tuner mampu mengekstrakkan kuasa kuda lebih 1,000hp daripada enjin empat-baris. Antara kereta terkenal dengan enjin empat-baris ialah Honda Civic, Toyota Corolla dan Ford Fusion.
CONTOH ENJIN 2: ENAM-BARIS (STRAIGHT-SIX)
Enjin enam-baris kebiasaannya tampil dengan saiz bonet besar dan selalu dimuatkan pada kereta pacuan roda belakang (RWD). Silinder yang disusun sebaris dapat mengatasi sedikit masalah imbangan dikaitkan dengan aturan 6 silinder lain yang meningkat seiring sesaran enjin.
Enjin enam-baris turut menawarkan kuasa tork menakjubkan, sekali gus menjadikan ia padanan paling sesuai hebat untuk kenderaan jenis trak dan tugasan berat lain. Antara kenderaan terbaik dengan enjin 6 silinder ialah BMW M4, model Jeep lama dan beberapa versi Dodge Ram.
Leave a Reply