• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Teksi Malaysia Dapat Anugerah Paling Teruk Di Dunia

Teksi Malaysia Dapat Anugerah Paling Teruk Di Dunia

May 3, 2016 By Abang GYL 1 Comment

153
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Teksi Malaysia

DALAM kesibukan pemandu teksi mogok dan mahu mengharamkan perkhidmatan Uber dan GrabCar, apakah mereka (pemandu teksi) sedar teksi di Malaysia mendapat 'anugerah' paling teruk di dunia? Laporan ini diperoleh berdasarkan maklumat daripada LondonCabs yang menyatakan Malaysia adalah antara 10 negara yang mempunyai pemandu teksi paling teruk di dunia.

Lebih mendukacitakan, Malaysia menduduki tempat pertama dalam senarai 10 negara dengan pemandu teksi paling teruk. Namun, berita baiknya ialah Malaysia bukan satu-satunya negara Asia yang tersenarai. Turut berada dalam carta adalah Thailand, China dan India.

Kedudukan senarai mengambil kira beberapa faktor yang dikemukakan oleh pengguna tempatan, termasuk pelancong luar. Antara faktor tersebut ialah batasan bahasa, sikap pemandu teksi, kredibiliti dan isu tambang.

BACA: 7 Sebab Kenapa Saya Pilih Grab Car / Uber Berbanding Teksi

BACA: Inilah Sebab Kenapa Abang Teksi Ini Berhijrah Kepada GrabCar…

Teksi Malaysia

TIDAK MAHU GUNA METER, TEKSI BURUK

Menurut laporan LondonCabs itu, pemandu teksi Malaysia dikatakan enggan menggunakan meter dan mengenakan caj mahal. Walaupun undang-undang mewajibkan mereka menggunakan meter, tetapi ramai juga yang mengingkarinya. Selain itu, aspek ketidakselesaan turut menjadi salah satu faktor menyebabkan Malaysia tersenarai. Rata-rata responden memberikan maklum balas teksi Malaysia buruk dan tidak selesa.

Jadi, kepada semua pemandu teksi. Diharapkan anda sedar dengan fakta diberikan dan tolonglah berubah! Jangan sampai kuman jadi barah, sudah tiada guna lagi. Kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), sila lakukan sesuatu dan jangan hanya tahu tunggu, tunggu, tunggu.

Related

153
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: GrabCar, LondonCabs, pemandu teksi, SPAD, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Teksi, Teksi Malaysia, Uber

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev