• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #TMS2019: Honda Jazz (2020) Serba Baharu Lancar, Lebih Feminin dan Lebih Selesa

#TMS2019: Honda Jazz (2020) Serba Baharu Lancar, Lebih Feminin dan Lebih Selesa

October 23, 2019 By Dee Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Motor Co secara rasmi melancarkan model subkompak popular, Honda Fit (Malaysia: Jazz) di Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, dan dijadualkan memasuki pasaran bermula Februari 2020.

Jazz (2020) generasi keempat ini menampilkan rekabentuk serba baharu dalam bentuk cembung dan bujur, yang memberikan karakter lebih feminin berbanding model sedia ada. Namun, model kali ini lebih luas dan praktikal yang menumpukan kepada aspek 'nilai emosional'.

BACA >>> #Spyshot: Imej Sisi Honda Jazz Baharu Bocor Sebelum Lancar di Tokyo?

Ada empat dimensi keselesaan cuba diketengahkan Jazz (2020) serba baharu dalam menjadi ia model subkompak terbaik untuk pemanduan rutin:

  • Pandangan Selesa: Pilar depan dibina dengan struktur rentas-seksyen yang berbeza berbanding model terdahulu. Struktur baharu ini mampu mengalirkan impak tenaga ke badan kereta apabila berlaku perlanggaran. Pilar depan juga lebar dan memberikan pandangan yang lebar dan jelas buat pemandu. Panel instrumen yang rata dan lebar dalam rekaan garis horizontal, serta wiper yang disorokkan daripada pandangan mata, meningkatkan keselesaan pandangan ketika memandu.
  • Keselesaan Tempat Duduk: Model pertama Honda memiliki kerusi penstabil badan generasi baharu. Strukur sokongan planar pada kerusi mampu menstabilkan badan, sekali gus membuatkan pemanduan jarak jauh kurang letih, termasuk menyukai material kerusi yang empuk.
  • Keselesaan Pemanduan: Dipacu sistem dua motor hibrid baharu yang lebih kompak untuk pemanduan lancar dalam sebarang situasi pemanduan harian.
  • Kebolehgunaan: Ciri kebolehgunaan dipertingkat yang menyokong mobiliti pengguna, termasuk susun atur ruang storan bebas tekanan bagi memastikan semua penumpang selesa untuk pemanduan sepanjang hari, atau jarak jauh.

Ada 5 varian ditawarkan Jazz (2020):

  • BASIC: Varian paling asas ayng menawarkan rekabentuk berkualiti tinggi dan keselesaan penumpang. Menampilkan rekabentuk ringkas dengan rupa depan lembut.
  • HOME: Direka dengan ruang lebih relaks dengan visual tinggi dan sentuhan berkualiti menerusi koordinasi warna dan material seperti kerusi fabrik warna natural daripada materia berkualiti tinggi, roda stereng balutan kulit dan pad lembut Prime Smooth™.
  • NESS: Menampilkan koordinasi warna menarik dan menggunakan material kalis air untuk permukaan kerusi dan pad lembut pada instrumen. Varian ini lebih sporty dan bergaya.
  • CROSSTAR: Rekabentuk luaran dibangunkan eksklusif untuk Crosstar, termasuk rim aluminium 16 inci yang nampak menarik untuk pemanduan bandar dan off-road. Kemasan dalaman menggunakan material kalis air untuk permukaan kerusi dan pad lembut untuk panel instrumen. Varian ini mengetengah konsep rekabentuk kompak dan lasak.
  • LUXE: Tampil elegan dan selesa pada masa sama menerusi penggunaan material kulit asli pada kerusi untuk sentuhan berkualiti dan pandangan mewah. Rupa luaran plat krom gaya platinum dan rim aluminium 16 inci digunakan untuk meningkatkan fiil kualiti tinggi.

BACA >>> #Spyshot: Honda Jazz Serba Baharu Akan Lancar Bulan Depan, Eropah Dapat Versi Hibrid

TEKNOLOGI BANTUAN PEMANDU DAN KESELAMATAN TERMAJU DIPERTINGKAT

DSC00818
Fitt 2
DSC00823

Kamera pandang lebar (wide view) depan, yang berfungsi memantau kawasan sisi di depan kenderaan, adalah ciri baharu yang ada pada sistem bantuan pemandu dan keselamatan termaju, Honda Sensing© yang dilengkapkan pada Jazz (2020).

Gabungan kamera pandang lebar depan dan lapan sensor sonar di depan dan belakang meningkatkan lagi fungsi  Honda Sensing© sedia ada pada Jazz (2020), termasuk ciri baharu Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS) Jarak Dekat.

Honda Sensing© juga diberikan sebagai ciri standard untuk semua varian Jazz (2020). Menarik!

BACA >>> #PanduUji: Lumba Drag Honda Jazz vs Toyota Yaris, Siapa Lagi Power? Ini Jawapan Kami!

SERVIS TERHUBUNG UNTUK KESELESAAN DAN KETENANGAN MINDA

Jazz (2020) ialah model pertama dilengkapkan modul komunikasi dalaman, Honda Connect yang dibangunkan eksklusif utnuk kenderaan Honda. Dimulakan dengan Jazz serba baharu ini, Honda akan mula mengembangkan Honda Total Care Premium, terdiri daripada 3 sesvis:

  • Kawalan Jauh: Untuk mengaktifkan beberapa fungsi kenderaan menggunakan telefon pintar.
  • Servis Sokongan Sekuriti: Menghubungkan kenderaan terus ke pusat sokongan sekiranya berlaku kecemasan seperti kemalangan jalan raya, dan kemudian memberikan respon segera.
  • Servis Sekuriti 'Rush Over': Menghantar pengawal keselamatan apabila kenderaan mengesan berlaku sebarang situasi janggal.
GALERI

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Fit (2020), Honda Jazz (2020), Honda Motor Co, Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Roda4, TMS 2019, Tokyo Motor Show (TMS) 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev