• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Bajaj Bakal Perkenal Semula Skuter Chetak Selepas 14 Tahun, Kali Ini dalam Versi Elektrik

Bajaj Bakal Perkenal Semula Skuter Chetak Selepas 14 Tahun, Kali Ini dalam Versi Elektrik

October 21, 2019 By Aryon Leave a Comment

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BAJAJ Auto bakal memperkenalkan semula skuter Chetak yang kali ini akan tampil sebagai skuter elektrik. Model itu, yang muncul semula selepas 14 tahun, dibangunkan di bawah subdivisyen Urbanite dan akan dijual pada harga jangkaan Rs1.1 lakh (RM6,470).

Operasi pengeluaran dilaporkan sudah pun bermula pada 25 September lalu, dan dibina berasaskan frem rigid dan panel badan daripada besi. Lampu utama menggunakan teknologi LED yang disepadukan bersama lampu siang (DRL), indikator vertikal dan lampu belakang. Kluster instrumen adalah jenis digital penuh.

BACA >>> Bajaj Perkenal Edisi Khas 'Pulsarmania' untuk NS200 dan NS160 di Colombia

Di pasaran India, Chetak akan diposisikan sebagai skuter premium.

Chetak dipacu menggunakan pek bateri IP67 dalam dua mod tunggangan, Eco (85km) dan Sport (95km), serta didatangkan dengan Sistem Pengurusan Bateri Pintar (IBMS) dan brek regeneratif. Bateri boleh dicas menggunakan soket kuasa rumah.

Adakah Modenas akan membawa Chetak untuk cubaan menjadi pengeluar motosikal arus perdana pertama memperkenalkan motosikal elektrik di Malaysia?

bajaj-chetak-6
bajaj-chetak-2
bajaj-chetak-1
bajaj-chetak-3
bajaj-chetak-4
bajaj-chetak-5

SUMBER: AutoCarIndia

Related

169
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Bajaj Auto, Bajaj Chetak, India, roda2, skuter, skuter elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev