• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / HJC i10 - Helmet Aras Mula Baharu dengan Ciri Bluetooth, Harga Serendah RM630

HJC i10 - Helmet Aras Mula Baharu dengan Ciri Bluetooth, Harga Serendah RM630

October 18, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

317
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HJC mengumumkan pengganti baharu untuk model helmet muka penuh aras mula, CL-17 Series, dinamakan HJC i10. Siri helmet baharu itu kini dipadankan peranti Bluetooth SmartHJC dengan visor angin lebih lebar dan ventilator angin direka semula.

Menurut HJC, ventilator angin pada helmet i10 adalah versi kemas kini dan boleh ditanggalkan supaya mudah dicuci dan dibersihkan. Helmet itu juga memiliki pelapik dalaman boleh tanggal dan cuci dengan ciri kolar serviks untuk mengelakkan pergerakan leher ketika berlaku kemalangan.

BACA >>> Helmet HJC RPHA 11 Venom 2 dengan Grafik Antihero Versi Lebih Jahat

Visor didatangkan dengan kunci pin bersama pilihan aksesori cermin. Untuk keselesaan, HJC menawarkan tirai dagu dan gad pengudaraan hidung, khas penunggang di negara bermusim sejuk (atau jerebu?).

Helmet i10 boleh dibeli dalam pelbagai saiz bermula XS hingga 3XL pada harga  AS$149.99 (RM630) dengan warna hitam (black) atau putih (white), dan AS$154.99 (RM650) untuk warna perak kelabu (semi-flat titanium), hitam (semi-flat black) dan biru metalik (semi-flat metallic blue).

Jika mahu tambahan grafik, bayaran tambahan dikenakan pada harga AS$169.99 (RM712) untuk tiga varian corak:

  • i10 Taze (kuning, merah, hijau, biru, hitam)
  • i10 Fear (merah, kuning, hitam)
  • i10 Rank (jingga, kuning)
GALERI

SUMBER: RideApart

Related

317
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, helmet, hjc, HJC CL-17 Hulk, HJC i10, topi keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev