• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota Yaris (2020) Serba Baharu Didedahkan, Kini dengan Rekabentuk Lebih Seksi

Toyota Yaris (2020) Serba Baharu Didedahkan, Kini dengan Rekabentuk Lebih Seksi

October 17, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

967
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DUNIA automotif sibuk bulan ini dengan pelancaran dua model subkompak popular, Toyota Yaris dan Honda Jazz baharu yang pasti dinanti-nanti ramai peminat sedunia.

Jika Jazz bakal dibawa ke Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, minggu depan, tetapi Yaris (2020) terlebih dulu didedahkan secara rasmi semalam (16 Oktober).

Yaris (2020) ialah model unik dan tampil berbeza di tiga pasaran umum seperti Asia Tenggara (Asean), Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.

Malaysia, misalnya, menerima Yaris ala Vios hatchback, dan AS menggunakan Mazda2 yang dijenamakan semula, manakala Eropah ditawarkan dengan model serba baharu. Toyota Australia turut mengesahkan Yaris serba baharu akan ditawarkan di negara itu bermula pertengahan tahun depan.

BACA >>> #PanduUji: Lumba Drag Honda Jazz vs Toyota Yaris, Siapa Lagi Power? Ini Jawapan Kami!

REKABENTUK MENYERLAH

Apa yang istimewa dengan Yaris (2020) baharu? Pertama sekali, rekabentuk model ini tampak begitu menyerlah, seksi dan lebih adventurous berbanding sebelum ini. Toyota cukup berani menjelmakan bentuk dan permukaan agresif, tetapi pada masa sama membawa identiti Yaris Asean dengan olahan berbeza.

PLATFORM BAHARU - TNGA-B

Yaris (2020) ialah model pertama menggunakan platform serba baharu Toyota, TNGA-B yang memiliki tahap rigiditi badan 30 peratus lebih tinggi dan pusat graviti 15mm lebih rendah. Dimensi platform itu memberikan lebih fokus kepada posisi pemandu.

Selain itu, jarak roda 50mm juga lebih panjang, sekali gus menjadikan Yaris (2020) baharu ini lebih tangkas dan mudah dipandu dalam bandar dan petak parkir. Dimensi baharu itu turut menyumbang kepada ruang penumpang lebih luas.

TNGA-B juga membolehkan ketinggian kereta ini dikurangkan 40mm tanpa mengorbankan ruang kepala dengan merombak semula ruang kabin, termasuk kerusi pemandu dan penumpang lebih rendah.

ENJIN BAHARU: KONVENSIONAL DAN HIBRID

Trenkuasa Yaris (2020) baharu didatangkan dalam tiga varian:

  • 3-silinder 1.5L Dynamic Force dengan transmisi Direct Shift CVT atau manual 6-kelajuan
  • 3-silinder 1.0L dengan transmisi Super CVT-i
  • 1.5L dengan Toyota Hybrid System II

Ciri keselamatan Yaris turut dilengkapi pelbagai teknologi canggih seperti model lebih besar dan premium. Ada varian yang dipakejkan sistem bantuan pemandu, Toyota Safety Sense yang mampu mengesan kenderaan, pejalan kaki dan penunggang basikal.

Sistem terbaharu itu mampu mengelak kemalangan di simpang jalan dengan mengesan kenderaan terdekar di sekeliling atau pejalan kaki yang melintas jalan. Yaris (2020) juga model pertama dalam segmen itu yang dipasangkan beg udara tengah untuk melindungi penumpang dan pemandu depan apabila berlaku impak sisi.

Ciri keselamatan lain dibekalkan ialah sistem Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Jelajah Aktif (ACC) untuk sebarang halaju, Sistem Pemusatan Lorong (LCS) dan lain-lain.

Ada yang sudah berkenan? Bagaimanapun, kehadiran Yaris (2020) baharu ini ke pasaran tempatan mungkin semacam mustahil kerana Yaris sekarang baru saja dilancarkan. Malah, ia juga tidak kurang hebat dan turut mendapat sambutan hangat daripada kalangan pengguna tempatan.

BACA >>> Toyota Yaris (2019) di Malaysia, Harga Bermula RM70k - Mampukah Cabar Jazz, Myvi?

GALERI

Related

967
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, hatchback, hatchback subkompak, Pameran Motor Tokyo, Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Roda4, Toyota, Toyota Yaris, Toyota Yaris (2020)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my