• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Sebang Malaysia Meterai Perjanjian Tajaan FC Barcelona untuk Produk Bateri Rocket

Sebang Malaysia Meterai Perjanjian Tajaan FC Barcelona untuk Produk Bateri Rocket

October 16, 2019 By Azhan O Leave a Comment

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEBANG Group ialah syarikat pembuat bateri automobil dan perkilangan dari Korea, dengan produk utama berjenama 'Rocket'.

Baru-baru ini, Sebang menandatangani perjanjian tajaan dengan kelab bola sepak Sepanyol, FC Barcelona, untuk meningkatkan pengenalan jenama dan jualan di Malaysia.

Majlis tandatangan perjanjian dihadiri Ketua Ibu Pejabat FC Barcelona Asia Pasifik, Toni Claveria (kiri),  Pengerusi Sebang Group, Lee Sang-Woong Lee (kanan), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sebang Global Battery, Park Chan-Koo, dan barisan eksekutif FC Barcelona.

Perjanjian penajaan tersebut membabitkan tiga negara: Korea Selatan, Vietnam dan Malaysia. Perjanjian berkenaan membolehkan Sebang Malaysia untuk menggunakan aset jenama FC Barcelona, seperti logo dan imej pemain Barcelona.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Uji Cas Bateri Kereta Guna Alat Multimeter?

bateri-kereta-rocket-korea-1
bateri-kereta-rocket-korea-logo

Malaysia adalah antara negara yang menerima baik produk bateri dari Korea, dan juga popular dengan bola sepak.  Penajaan itu dijangka meningkatkan jualan dan penjenamaan Rocket di negara ini.

Pengurus pemasaran Sebang Global Battery, Taekjun Chung berkata, usaha sama Sebang Malaysia ditubuhkan pada 2016 bagi meningkatkan jualan produk bateri Rocket di pasaran Asia Tenggara. Justeru perjanjian tajaan dengan FC Barcelona dilihat sebagai usaha menggiatkan aktiviti pemasaran jenama tersebut dalam skala penuh.

"Kami akan meningkatkan kesedaran produk bateri kami dan jumlah jualan di Asia Tenggara dengan menggabungkan populariti dan minat terhadap kelab bola sepak terbaik dunia dengan jenama Rocket," katanya.

Selain bateri automotif, Sebang Global Battery, juga syarikat sekutu Sebang Group, turut menjual bateri untuk kereta golf, generator, unit bekalan kuasa tanpa gangguan dan forklift elektrik. Ia menduduki tempat pertama di Korea dan kelima dunia dalam produk bateri automotif dan perindustrian.

BACA >>> #ApaNakBuat: Senggara Bateri Kereta Cara DIY

Related

120
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: aksesori, bateri kereta, Bateri Kereta Rocket, Bateri Korea, FC Barcelona, Rocket Battery, Sebang Global Battery, Sebang Group, Sebang Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda
    BSH Nafi Motosikal Jenama Lain di Malaysia Guna Enjin Honda

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev