• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Tayar Goodyear Assurance DuraPlus 2 dengan Teknologi TredLife yang Lebih Tahan Lama

Tayar Goodyear Assurance DuraPlus 2 dengan Teknologi TredLife yang Lebih Tahan Lama

October 15, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

475
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GOODYEAR Malaysia melakukan penambahbaikan pada tayar Assurance DuraPlus 2 baharu yang kini dilengkapi dengan Teknologi TredLife untuk ketahanan lebih lama dan perbatuan lebih jauh.

Paten bunga tayar simetri baharu direka dengan bentuk rongga (cavity) lebar, alur (groove) sempit dan kompaun yang dirumus semula supaya tahan lama. Ini membolehkan tayar Assurance DuraPlus 2 meningkatkan jangka hayat kehausan hinga 110,000km tanpa menjejaskan prestasi dan keselamatan.

Sentuhan permukaan tayar kini lebih seimbang.
Rekaan alur rapat mengurangkan bising

Bentuk rongga dipertingkat memberikan jejak permukaan tapak yang lebih seimbang dan bersegi untuk mengekalkan sentuhan tayar yang besar dan mengurangkan sentuhan tekanan, sekali gus melanjutkan prestasi perbatuan. Rekabentuk alur lateral sempit dan rapat pula mengurangkan bunyi bising akibat pengepaman udara

BACA >>> Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

Bunyi bising dikurangkan menerusi tambahan strip getah (rubber strip) antara liner dan lapis (ply) untuk menyerap kebisingan tayar. Formula kompaun dipertingkatkan itu tidak hanya ada pada tapak, tetapi juga dinding tayar untuk memberikan ketahanan jangka panjang daripada kerosakan akibat faktor persekitaran.

Dibina dengan dua lapisan material.
Kompaun dinding tayar dipertingkat.

Assurance DuraPlus 2 dibina dengan dua lapisan material lapis susut rendah modulus tinggi pada dinding sisi untuk memberikan ketahanan kuat daripada impak luaran. Kompaun dinding sisi turut dipertingkat bagi meningkatkan ketahanan jangka panjang daripada kesan sekeliling.

Bentuk rongga dipertingkat menerusi kompaun yang diformulasi semula pada bahagian dinding sisi bawah mengurangkan tekanan dan tegangan dalam tayar.

Goodyear Assurance DuraPlus 2 ditawarkan dalam pelbagai saiz daripada 13 inci hingga 16 inci pada harga cadangan RM136-RM293.

Goodyear Assurance Plus 2_4
Goodyear Assurance Plus 2_1
Goodyear Assurance Plus 2_2
Goodyear Assurance Plus 2_3

Related

475
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, Bunga Tayar, GoodYear, GoodYear Assurance DuraPlus, Goodyear Assurance DuraPlus 2, GOODYEAR Malaysia, Tayar, Tayar Goodyear, Teknologi TredLife, TredLife Technology

Comments

  1. Mohd zamri says

    October 16, 2019 at 12:09 PM

    Which tyre shop available.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev