• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: Foto Toyota Yaris (2020) Bocor, Rekabentuk Serba Baharu Sepenuhnya

#Spyshot: Foto Toyota Yaris (2020) Bocor, Rekabentuk Serba Baharu Sepenuhnya

October 15, 2019 By Han Othman Leave a Comment

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIGA imej Toyota Yaris (2020) baharu bocor di media sosial yang dipercayai bakal ditayangkan sempena Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, hujung bulan ini.

Yaris sekarang (foto bawah kanan), yang baru saja diperkenalkan di Malaysia April tahun ini, adalah model generasi ketiga dan mula memasuki pasaran Asia sejak 2017. Pasaran tempatan menerima Yaris versi hatchback yang bersaing rapat dengan Honda Jazz dan Perodua Myvi, masing-masing dalam kategori hatchback subkompak atau segmen-B.

Yaris (2020) baharu ini menampilkan perubahan signifikan pada rekabentuk luaran. Rekabentuk kali ini lebih minimalis dan elegan berbanding model sebelum ini yang lebih sofistikated. Dari depan, rekabentuk gril, cermin sisi, bonet, lampu utama, dan lampu kabus berubah sepenuhnya.

Lampu utama LED dengan lampu siang (DRL) LED dikompakkan dan tidak lagi tirus, gril direka luas ternganga, dan bukan lagi horizontal, manakala lampu kabus dikecilkan, dan cermin sisi lebih aerodinamik.

Sekali pandang mengingatkan kita kepada rekabentuk Ford Fiesta yang mana gaya Yaris (2020) tidak lagi nampak melebar, tetapi lebih padat dan kompak.

Rekabentuk belakang Yaris (2020) juga berubah sepenuhnya. Lampu belakang LED direka baharu yang disepadukan bersama reflektor yang melintang sepanjang but. Difuser pada bampar belakang ditinggikan, sekali gus mengubah gaya hatchback ini menjadi lebih tinggi (tonggek?).

Rim sport juga direka baharu dalam dwi-tona. Bumbung hitam memberikan efek bumbung terapung. Namun mungkin berbeza mengikut varian. Apapun, rekabentuk belakang Yaris (2020) baharu ini nampak lebih asli.

Kalau lihat secara berdepan seperti di atas, rekaan lampu belakang Yaris (2020) nampak seakan Honda BR-V. Tidaklah sama 100 peratus, cuma gaya reflektor melintang dan lampu bentuk 'C' dapat dikesan kemiripannya. Lampu belakang juga nampak sedikit terjojol keluar, manakala bampar belakang kelihatan mengembang.

Tiada lagi imej hatchback konvensional pada Yaris (2020) baharu ini yang sebelum ini memiliki ciri sporty dan maskulin. Rekabentuk baharu ini nampak lebih tekno, dan futuristik dengan sedikit elemen feminin.

Mana satu anda berkenan?

Related

1.4k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Foto Bocor, Foto Intip, Pameran Motor Tokyo (TMS), Pameran Motor Tokyo (TMS) 2019, Spyshot, TMS 2019, Toyota Yaris, Toyota Yaris (2020)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my