• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Spyshot: KTM 250 Adventure Dikesan di India dengan Lampu Halogen, Skrin TFT

#Spyshot: KTM 250 Adventure Dikesan di India dengan Lampu Halogen, Skrin TFT

October 14, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KELIBAT KTM 250 Adventure dirakamkan sedang ditunggang uji di India sebelum debut rasmi di Pameran Motosikal Milan (EICMA), November depan.

Sportbike advencer tourer suku liter itu menggunakan lampu utama halogen, dan bukan LED seperti 390 Adventure. Pemuka pula dipadankan skrin TFT dan bukan lagi LCD latar jingga. Ada kemungkinan KTM menawarkan fungsi berbeza supaya tidak serupa dengan 390 Adventure.

Selain rupa dikemas kini, bahasa rekabentuk juga sama seperti 390 Adventure. Ini dapat dilihat menerusi kombinasi rim 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang), manakala tangki minyak tampak lebih besar untuk imej maskular dengan pelana jenis terpisah dan bar genggam belakang.

BACA >>> KTM 390 Adventure (2019) Lancar Tahun Depan

250 Adventure itu turut dipasangkah gad rempuh (crash guard) dan kotak barang sisi. Dari segi mekanikal, model ini berkongsi spesifikasi sama seperti 250 Duke, iaitu enjin silinder tunggal 248.8cc penyejukan cecair berkuasa 30hp dan tork 24Nm.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork terbalik (USD) 43mm di depan dan monoshock prabeban boleh laras (belakang). Tetapan suspensi mungkin ditala sedikit tinggi berbanding 250 Duke. Sistem brek pula ditugaskan kepada cakera tunggal 300mm (depan) dana cakera 230mm (belakang) bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

BACA >>> KTM Mahu Bikin 250 Adventure?

Adakah harga 250 Adventure lebih murah berbanding abangnya? Media permotoran India meramalkan harga ramalan sekitar 280,000 rupee (RM16,490).

SUMBER: IndianAutosBlog

Related

218
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: advencer tourer, Foto Intip, KTM, KTM 250 Adventure, KTM 250 Duke, KTM 390 Adventure, KTM India, motosikal advencer, roda2, Spyshot

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my