• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Isuzu D-Max (2020) Generasi Ketiga Serba Baharu Debut di Thailand

Isuzu D-Max (2020) Generasi Ketiga Serba Baharu Debut di Thailand

October 12, 2019 By Azhan O 3 Comments

440
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ISUZU Thailand melancarkan D-Max (2020) serba baharu yang juga model generasi ketiga sejak trak pikap itu kali pertama diperkenalkan pada 2002, manakala generasi kedua dilancarkan pada 2012. Ini bermakna sudah lapan tahun model taruhan Isuzu itu berada di pasaran antarabangsa.

Bukan saja rekabentuk luaran dan rupa dalaman, malah trenkuasa juga diperbaharui sepenuhnya. Penampilan luaran kini lebih agresif lasak berbanding model terdahulu menerusi rekabentuk gril besar gaya Audi dengan kehadiran dua bar krom untuk personaliti lebih berkarakter.

BACA >>> #PanduUji: Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power - Serius Ada Power, dan Jimat Minyak!

Lampu utama berbentuk tirus jenis projektor dengan teknologi bi-LED, disertakan dengan lampu siang (DRL) bentuk U, manakala indikator dan lampu kabus diposisikan pada sisi bampar.

Bagaimanapun rekabentuk ini terhad untuk varian atasan sahaja, sebaliknya varian lain didatangkan dengan gril lebih kecil dan bampar konvensional seperti D-Max 1.9L Ddi BluePower yang baru masuk pasaran Malaysia, September lalu.

Beralih ke belakang, lampu belakang menggunakan gabungan kaca jernih  dengan teknologi LED untuk menyerlahkan rekabentuk tersendiri. Bampar belakang untuk varian atasan kini disepadukan bersama bed untuk lebih slik dan ramping. Rim aloi 18 inci juga menjadi opsyen baharu untuk gaya lebih aerodinamik berbanding rekabentuk terdahulu.

BACA >>> Isuzu D-Max 1.9L Ddi Blue Power Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM79k

Ruang dalaman D-Max (2020) dilengkapkan dengan aneka teknologi moden masa kini dengan rekaan kabin serba segar. Ada unit infotainment 9 inci tersergam di konsol tengah papan pemuka dengan akses Android Auto dan Apple CarPlay, termasuk dibekalkan ciri pengecaman suara untuk operasi bebas tangan.

Pemandu menukar gear secara manual dengan 6-kelajuan, atau automatik untuk menggerakkan roda belakang atau keempat-empat roda.  D-Max (2020) baharu ini turut dipakejkan ciri keselamatan tambahan seperti Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) yang pastinya cukup berguna untuk pengendalian kenderaan bersaiz besar seperto trak pikap ini.

BACA >>>  Isuzu Elf Sambut Aniversari ke-60 Tahun Peringkat Global

Kuasa dijana daripada enjin 4-silinder 3.0L dan 1.9L Turbodiesel yang baru saja diperkenalkan di Malaysia baru-baru ini. Varian enjin paling kecil RZ4E-TC kekal tidak berubah dengan janaan kuasa 148hp @ 3,600rpm dan tork 350Nm @ 1,800-2,600rpm, bersama nisbah gear dan sistem kawalan yang dioptimum untuk menambah baik pecutan.

Varian enjin terbesar, 3.0L dengan kod 4JJ3-TCX turut berkongsi naik taraf yang sama seperti enjin 1.9L menerusi penambahbaikan pada kebuk pembakaran, injektor tekanan tinggi, saduran karbon seakan berlian pada pin piston, pengecas turbo geometri variabel elektronik dan gear pemasaan ganda. Ini memberikan kuasa 188hp dan tork 450Nm.

D-Max (2020) akan berada di pasaran Thailand pada 19 Oktober ini dan akan ditawarkan dalam varian komersial dan pengguna dalam gaya badan kabin tunggal (Single Cab), kabin panjang (Extended Cab) dan dwi kabin (Double Cab) pada harga bermula 510,000 baht (RM70,200) hingga 1,164,000 baht (RM160,300).

BACA >>> #Spyshot: Isuzu D-Max (2020) Serba Baharu Dikesan dengan Kabin Tambahan

GALERI
2020-isuzu-dmax-10
2020-isuzu-dmax-11
2020-isuzu-dmax-13
2020-isuzu-dmax-15
2020-isuzu-dmax-6
2020-isuzu-dmax-8
2020-isuzu-dmax-2
2020-isuzu-dmax-9
2020-isuzu-dmax-16
2020-isuzu-dmax-3
2020-isuzu-dmax-5
2020-isuzu-dmax-12
2020-isuzu-dmax-4
2020-isuzu-dmax-14
2020-isuzu-dmax-1
2020-isuzu-dmax-7

Related

440
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: 4x4, Isuzu, Isuzu D-Max, Isuzu D-Max (2020), Isuzu Thailand, pikap, Roda4, Trak pikap

Comments

  1. Norbert sabini says

    January 20, 2020 at 5:43 PM

    When the isuzu d-max v cross 3.0 modal 2020 lanuncing in malaysia

    Reply
    • Abang GYL says

      January 21, 2020 at 9:48 AM

      Bukan tahun ini

      Reply
  2. Norbert Bert says

    June 3, 2020 at 9:01 PM

    May i ask when d max v cross 3.0 modal 2020 luncing in sabah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev