• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #Bajet2020: 4 Lebuh Raya Tol Percuma Waktu Bukan Puncak, Caj Kesesakan Waktu Puncak!

#Bajet2020: 4 Lebuh Raya Tol Percuma Waktu Bukan Puncak, Caj Kesesakan Waktu Puncak!

October 11, 2019 By Abang GYL Leave a Comment

340
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEPERTI dikhabarkan sebelum ini, Kerajaan sudah meluluskan pembelian ke atas empat konsesi lebuh raya bertol di Selangor dan Kuala Lumpur. Senarai 4 lebuh raya bertol itu ialah:

  • Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)
  • Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Terowong SMART


Pada masa sama, Kerajaan akan memperkenalkan:

  • CAJ KESESAKAN (congestion charge) - waktu puncak sahaja.
  • PERCUMA - waktu bukan puncak
  • DISKAUN 30 PERATUS - diskaun berbanding kadar tol sedia ada untuk waktu biasa.

Bagaimanapun, setakat ini kami tiada maklumat mengenai bilakah tempoh waktu puncak, biasa dan bukan puncak. Pengumuman tu diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika perbentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, tadi.

Tambah Guan Eng lagi, pengambilalihan itu juga akan memberikan penjimatan buat pengguna lebuhraya tersebut hingga RM180 juta setahun, atau RM2 bilion hingga akhir hayat konsesi.

“Malah, konsesi sedia ada tidak akan dilanjutkan dan akan tamat mengikut perjanjian konsesi sedia ada. Pengambilalihan lebuh raya ini tidak akan membebankan Kerajaan kerana kos pembiayaan, operasi dan penyelenggaraan akan dibiayai sepenuhnya melalui kutipan tol dan caj kesesakan tanpa memerlukan peruntukan Kerajaan pada masa depan,” katanya lagi.

Kenyataan terbaharu itu mengesahkan lagi harapan untuk menghapuskan tol kekal samar-samar.

BACA >>> #SembangDeras: Abang Tak Setuju Tol Dimansuhkan, Tapi...
BACA >>> #SembangDeras: Rasionalkah Cadangan Tol Fleksi dengan Caj Kesesakan Waktu Puncak?

Related

340
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 4 Lebuh Raya Akan Beri Tol Percuma, bajet 2020, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lim guan eng, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Terowong SMART, Tol Percuma, Tol percuma 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev